Wednesday, January 28, 2009

KEMAHIRAN BELAJAR 5 DOMAIN

18 April 2012, Rabu

Penggunaan Kemahiran Belajar 5 Domain Dalam Kalangan OKU Pekak dan Bisu

PENGGUNAAN KEMAHIRAN BELAJAR 5 DOMAIN DALAM KALANGAN OKU PEKAK DAN BISU

Oleh:


Md Noor Saper
Ab Aziz Mohd Yatim
Amelia Mohd Noor

abaziz@fppm.upsi.edu.my


Jabatan Psikologi dan Kaunseling
Universiti Pendidikan Sultan Idris


OKU perlu diberi peluang yang sama dengan individu normal agar tidak tersisih daripada arus pendidikan nasional. Orang kelainan upaya (OKU) juga di antara mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malahan terdapat juga melebihi pencapaian pelajar yang normal. Mereka kurang diberi pendedahan berkaitan teknik belajar berkesan bagi menguasai pengetahuan. Teknik kemahiran belajar yang melibatkan pelbagai deria berdasarkan latar diri pelajar akan menjadikan mereka lebih berkeyakinan dan bermotivasi untuk belajar. Kajian awal ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan modul kemahiran belajar 5 domain ke atas pelajar OKU pekak dan bisu. Para pelajar berkenaan telah mengikuti bengkel kemahiran belajar menggunakan modul tersebut. Respon temubual daripada peserta mendapati mereka merasa seronok belajar, dapat mudah mengingat di samping meningkatkan motivasi.





Pendahuluan

Falsafah pendidikan khas ialah satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2008).

Ianya sejajar dengan Dasar Pendidikan Negara di mana setiap pelajar di negara kita mempunyai peluang yang sama untuk mendapat pendidikan tidak mengira umur, jantina, bangsa ataupun yang berkeperluan khas. Dasar ini menginginkan setiap pelajar maju dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial agar mereka dapat mengembangkan potensi diri mereka. Pelajar ini sebenarnya juga mempunyai keistimewaan seperti pelajar lain, tetapi mereka sering dianggap lemah, mundur atau lembam. Pelajar ini sebenarnya perlu diberi perhatian dan galakkan supaya dapat memberi sumbangan kepada negara sebagaimana pelajar normal yang lain.
Orang kelainan upaya (OKU) juga di antara mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malahan terdapat juga melebihi pencapaian pelajar yang normal. Mereka kurang diberi pendedahan berkaitan teknik belajar berkesan bagi menguasai pengetahuan.
Kajian Hewitt (1973) menunjukan bahawa faktor-faktor yang menjadi punca kegagalan pelajar dan ketidakupayaan untuk mencapai skor yang baik adalah kerana mereka mempunyai masalah dalam kaedah pembelajaran mereka. Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif apabila mereka
Menurut Abdul Razak Habib (2002) kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu. Gaya pembelajaran merupakan satu bentuk gaya belajar yang diaplikasikan oleh para pelajar sebagai salah satu alternatif untuk memudahkan mereka memahami sesuatu pelajaran. Justeru itu, adalah penting bagi pelajar mengetahui kemahiran-kemahiran belajar yang betul bagi menjamin kejayaan mereka dalam setiap mata pelajaran.
Rata-rata pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan menyatakan antara rahsia kejayaan mereka termasuk mempunyai perancangan dan kemahiran belajar yang sistematik. Bermula di dalam kelas yang formal di kelas sehinggalah ketika mereka mengulangkaji pelajaran di rumah, mereka mempunyai pendekatan dan kemahiran belajar yang berkesan.

Menurut Chibnal (1987), belajar merupakan satu proses untuk mengembangkan pembelajaran, mempelajari soalan-soalan tertentu, membuat persediaan di samping melukis gambar rajah, peta, graf seterusnya untuk lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan. Dengan ini adalah mustahak untuk mengetahui kaedah belajar yang tepat bagi mendapat markah yang baik di dalam peperiksaan.
Kajian yang dilakukan oleh Abd Razak Habib (2000) berkaitan gaya pembelajaran pelajar cemerlang di universiti menunjukan bahawa pelajar yang cemerlang mempunyai motivasi dalaman yang tinggi di samping strategi pembelajaran yang baik. Daripada pernyataan berkenaan menunjukan kemahiran belajar yang disertai dengan motivasi yang tinggi terbukti boleh meningkatkan pencapaian pelajar dalam pelajaran.
Pembelajaran yang berkesan bergantung kepada teknik pengajaran dan proses belajar yang efektif. Prinsip-prinsip pembelajaran dan penguasaan ilmu yang berkesan bukan sahaja untuk pelajar normal tetapi juga kepada pelajar kurang upaya (Zalizan, 2001). Kemahiran belajar perlu didedahkan kepada pelajar OKU bagi membantu mereka menguasai ilmu dengan lebih baik lagi. Penulisan ini merupakan satu tinjauan awal untuk melihat penggunaan modul kemahiran belajar 5 domain ke atas pelajar bermasalah pekak dan bisu di sekolah.



Kepentingan Kemahiran Belajar 5 Domain

Meskipun banyak kajian yang telah dibuat berkaitan kemahiran belajar, satu pendekatan yang benar-benar praktikal perlu untuk diketengahkan. Ini disebabkan perbezaan individu berkait dengan variasi gaya pembelajaran mereka. Perbezaan individu ini juga menggambarkan perbezaan corak dan strategi pembelajaran yang diamalkan seterusnya akan menentukan kecenderungan dan minat belajar seseorang. Meskipun setiap individu itu berbeza, diharapkan perbezaan ini tidak dijadikan alasan untuk mereka memperolehi kejayaan yang cemerlang. Diharapkan kemahiran belajar 5 domain ini akan membantu setiap pelajar sama ada berpencapaian tinggi atau rendah untuk menguasai pengetahuan.
Di samping itu juga, memang tidak dapat dinafikan banyak kajian-kajian lepas yang memperlihatkan pelbagai bentuk gaya pembelajaran termasuklah gaya pembelajaran auditori, gaya pembelajaran visual di samping gaya pembelajaran kinestetik. Diharapkan melalui modul ini, ia dapat menjadi satu penambahbaikan gaya dan pendekatan kemahiran belajar yang sedia ada dalam konteks tempatan bersesuaian dengan perkembangan dan persekitaran diri seseorang pelajar.
Modul kemahiran belajar 5 domain telah dibangunkan oleh pengkaji berdasarkan pengalaman sebagai kaunselor di sekolah. Modul ini telah digunakan kepada para pelajar normal dan terbukti mempunyai kesan yang positif khasnya dalam pencapaian akademik mereka. Kajian ini bertujuan untuk melihat apakah modul ini boleh digunakan kepada pelajar kurang upaya (OKU) khasnya kepada pelajar pekak dan bisu.

Gaya Belajar 5 Domain

Perkara yang penting dalam proses pembelajaran ialah untuk mendapat maklumat, memproses dan seterusnya disimpan sebagai ingatan. Ingatan adalah satu perkara penting untuk para pelajar bagi mengeluarkan maklumat itu semula dalam peperiksaan. Ahli psikologi telah banyak membuat banyak kajian dan cerapan bagaimana manusia itu mengingati sesuatu. Kajian ahli psikologi menunjukkan manusia mempunyai daya ingatan yang berbeza bagi maklumat dalam bidang yang berlainan. Dalam perkataan lain, manusia mempunyai kekuatan ingatan yang berlainan terhadap wajah dan fakta sains.
Satu lagi cerapan ahli psikologi ialah kita mengingat dengan memilih apa yang kita mahu ingat. Ianya melibatkan emosi keinginan ingin tahu yang tinggi berdasarkan perasaannya. Perkara ini mungkin disebabkan oleh naluri inginkan pengetahuan ataupun sebagai satu keperluan lain berasaskan matlamat yang ingin dicapai seperti untuk lulus peperiksaan atau seumpamanya.
Berasaskan fakta di atas menunjukan proses pembelajaran melibatkan pancaindera sama ada otak sebagai agen kognitif, aspek perasaan dan sebagainya. Justeru itu, penulis merasakan, proses pembelajaran yang aktif dan berkesan perlu melibatkan semua pancaindera yang melibatkan beberapa domain utama iaitu domain audio, domain visual, domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor di mana penulis namakan sebagai kemahiran belajar 5 domain. 5 domain perlu dilibatkan dalam proses pembelajaran khasnya untuk tujuan meningkatkan ingatan para pelajar.


Domain Audio

Domain audio adalah yang menggunakan pancaindera pendengaran untuk mendengar maklumat yang diperolehi. Dalam proses pembelajaran secara asasnya semua pelajar akan menggunakan domain ini. Sama ada berkesan atau tidak pendengaran ini adalah bergantung kepada domain-domain yang lain. Sepanjang pembelajaran para pelajar sama ada domain ini digunakan sepenuhnya adalah sukar untuk ditentukan. Ini disebabkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kebanyakan para pelajar tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kerana gangguan persekitaran yang ada. Ini menunjukan proses pembelajaran tidak boleh hanya bergantung kepada domain audio sahaja.


Domain Visual

Domain visual menggunakan pancaindera penglihatan. Apa sahaja aktiviti visual akan membawa kepada kefahaman yang nyata. Kefahaman yang nyata bermaksud bukannya yang berbentuk khayalan atau imaginasi. Apa yang dilihat adalah sangat penting. Perkara yang menjadi persoalan ialah kenapa dengan hanya menggunakan domain visual, pelajar masih tidak dapat menguasai dan memberi tumpuan terhadap apa yang diajar?. Ini menunjukan kepentingan keterlibatan domain yang lain yang boleh mengukuhkan terhadap proses mendapat maklumat.

Domain Kognitif

Ahli psikologi kognitif berpendapat, pembelajaran adalah proses mental yang aktif untuk mendapat ilmu, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu (Ramlah dan Mahani, 2002). Ianya akan melibatkan proses aktif minda untuk memperolehi pengetahuan dan mendorong seseorang untuk belajar. Di dalam proses pembelajaran, domain kognitif sepatutnya dilibatkan secara aktif. Namun demikian, para pelajar biasanya agak sukar untuk dilibatkan secara maksima. Ia akan menjadi sukar sekiranya pengajaran dan pengajaran yang dijalankan hanya bersifat sehala.


Domain Afektif

Domain afektif adalah melibatkan perasaan, nilai yang dipegang, sensitiviti dan persepsi individu. Bagi kebanyakan pelajar ada yang mempersepsikan sesetengah matapelajaran adalah susah dan sukar. Ini akan menjadikan motivasi dan keinginan mereka untuk belajar akan semakin menurun. Justeru itu, domain afektif bagi mewujudkan sesi pembelajaran sebagai senang dan menyeronokan akan banyak membantu pelajar untuk minat belajar. Dengan demikian, pendekatan kemahiran belajar 5 domain cuba diketengahkan oleh penulis bagi menarik minat pelajar untuk belajar.


Domain Psikomotor

Domain psikomotor melibatkan pergerakan tubuh atau apa sahaja pergerakan aktiviti dalam bentuk tingkahlaku. Menurut Selmes (1987), latihan dalam mengaplikasikan strategi belajar adalah perlu. Pembelajaran yang melibatkan pergerakan dan aktiviti akan menimbulkan keseronokan seterusnya meningkatkan keupayaan untuk mengingat sesuatu maklumat. Pendekatan belajar yang melibatkan perbincangan dengan rakan, melibatkan aktiviti, menyelesai masalah dan seumpamanya sebenarnya melibatkan domain psikomotor.



Aplikasi Kemahiran Belajar 5 Domain

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pembelajaran yang berkesan memerlukan penumpuan yang penuh. Ini menunjukan semua domain yang melibatkan pancaindera berkenaan mestilah digunakan sepenuhnya. 5 domain memainkan peranan yang penting dalam agar pelajar dapat memberiukan tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang mereka pelajari sama ada dalam pembelajaran secara formal di kelas ataupun ketika mereka mengulangkaji secara individu ataupun bersama rakan-rakan.
Ketika proses pembelajaran, kebanyakan pelajar tidak menggunakan kelima-lima domain sepenuhnya. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menguasai maklumat secara maksima. Tanpa penggunaan lima domain ini juga mereka sukar untuk memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru.
Penulis seterusnya akan cuba menghuraikan antara kaedah perlaksanaan pendekatan 5 domain dalam proses pembelajaran. Sebagai contoh dalam mengingati formula dalam matematik, fizik, kimia, menghafal ayat al-quran dan seumpamanya. Cuba lihat formula berikut:

∑ x = √ (x+y)2 + (n+1)3 – r 2
_________________________
(n+1) – (n-1) + rq3/4

Bagaimanakah caranya bagi seseorang itu mengingat formula itu dengan cepat?. Kita jangan membincangkan individu yang mempunyai kebolehan mengingat yang hebat, atau mereka yang mempunyai `camera eye’ yang mana apabila mereka melihat sahaja formula berkenaan mereka mempunyai kemampuan untuk mengingat dengan cepat.
Langkah pertama yang kita gunakan ialah dengan memecahkan formula itu kepada beberapa pecahan. Contohnya formula di atas pecahan pertama ∑ x = ; seterusnya pecahan kedua √ (x+y)2 ; pecahan ketiga (n+1)3 – r 2 ; begitulah seterusnya.
Langkah kedua ialah dengan menulis semula pecahan yang pertama tadi (∑ x =) berulangkali sambil menyebutnya dengan terang dan jelas. Langkah ketiga, setelah pelajar dapat mengingat pecahan pertama barulah mereka akan meneruskan dengan pecahan yang kedua dengan menggabungkan pecahan pertama dan kedua sekali iaitu ∑ x = √ (x+y)2. Pelajar akan menulis pecahan pertama dan kedua berulangkali sambil menyebutnya dengan terang dan jelas. Langkah keempat, pelajar akan meneruskan langkah seperti tadi sehinggalah semua formula itu dapat diingati dengan berkesan.
Melalui teknik di atas, secara tidak langsung kelima pancaindera yang melibatkan 5 domain akan berfungsi dengan aktif dan berkesan. Deria mata akan melihat, deria telinga akan mendengar, deria tangan yang melibatkan psikomotor akan menulis, di samping dengan sendirinya aspek kognitif dan afektif akan turut dikawal bersama dalam proses pembelajaran berkenaan. Pendekatan tadi boleh dilakukan untuk mengingat ayat-ayat al-quran, formula-formula, rajah-rajah saintifik dan seumpamanya.
Perlaksanaan 5 domain juga boleh dilakukan secara sinergi, iaitu gabungan dengan rakan-rakan pelajar yang lain. Contohnya untuk mengingat konsep yang diutarakan oleh Aristotle tentang falsafah kehidupan ada tujuh iaitu politik, retorika, estetika, metafizika, logika, etika dan ekonomi.
Langkah pertama, pelajar membuat kumpulan dan duduk dalam bulatan. Tujuh falsafah Aristotle tadi akan diagihkan kepada setiap pelajar di mana mereka akan mengingat satu terminologi sahaja. Langkah kedua, orang yang pertama akan menyebut terminologi yang pertama iaitu `politik’. Langkah ketiga, orang yang kedua pula akan menyebut termonologi rakannya yang pertama iaitu `politik’ di samping terminologi kedua bagi dirinya iaitu `retorika’. Langkah keempat, orang yang ketiga akan menyebut terminologi rakannya yang pertama dan kedua baharulah terminologi bagi dirinya iaitu `estetika’. Begitulah seterusnya sehingga keseluruhan terminologi berkenaan akan disebut. Melalui aktiviti ini, ianya akan melibatkan kesemua lima domain para pelajar iaitu domain visual, audio, kognitif, afektif dan psikomotor, di samping pelajar akan lebih bersemangat, cergas dan seronok untuk belajar. Pengalaman penulis ketika melaksanakan kaedah ini, pelajar dapat mengingat formula tadi lebih kurang tiga minit.
Di dalam melaksanakan kemahiran belajar lima domain ini, juga akan melibatkan aspek kreativiti pelajar. Contohnya para pelajar boleh mengingat formula ataupun fakta-fakta tertentu dalam bentuk lakaran yang kreatif. Lakaran berkenaan boleh dikongsi dengan rakan-rakan kumpulannya.





Metodologi Kajian

Kajian ini hanya tinjauan awal untuk melihat apakah modul kemahiran 5 domain ini boleh digunakan kepada pelajar OKU khasnya mereka yang mempunyai masalah pekak dan bisu. Sebuah sekolah telah dipilih dan 30 orang pelajar telah terlibat menyertai modul kemahiran belajar ini. Kesemua pelajar telah didedahkan dengan modul kemahiran belajar 5 domain selama dua jam oleh pengkaji dengan menggunakan kaedah ‘teaching-and-experiential’. Setelah melalui dan menjalani modul seramai tiga orang pelajar telah dipilih untuk ditemubual. Temubual dilakukan untuk melihat apakah respon peserta setelah melalui modul berkenaan. Di dalam temubual berkenaan, guru kelas telah membantu sebagai penterjemah bahasa isyarat yang dinyatakan oleh sampel.


Dapatan Temubual

Berdasarkan temubual yang telahdijalankan terdapat lima tema yang telah diperoleh iaitu i) membantu untuk mengingat; ii) membantu menguasai pelajaran dengan lebih mudah; iii) dapat belajar secara berkumpulan (sinergi); iv) menjadikan belajar seronok; dan v) meningkatkan motivasi belajar.


a. Membantu untuk mengingat

Menurut pelajar, modul kemahiran belajar 5 domain dapat membantu mengingat subjek dengan lebih mudah dan senang.

...sebelum ini saya hafal guna ayat yang panjang. Rupa-rupanya ada cara
yang senang dan mudah untuk hafal dan ingat... (TB 1)
...senang untuk ingat...(TB 2)
...boleh mudah ingat...(TB 3)




b. Dapat membantu mengusai pelajaran lebih mudah

Matlamat dalam proses pembelajaran adalah untuk menguasai fakta dan pengetahuan yang terdapat di dalam subjek yang dipelajari. Menurut pelajar, modul kemahiran belajar 5 domaian dapat membantu menguasai pelajaran dengan lebih mudah.

...membantu saya untuk belajar... (TB 1)
...senang untuk belajar..(TB 2)


c. Dapat belajar secara sinergi (berkumpulan)

Modul kemahiran belajar 5 domain menekankan konsep belajar secara sinergi iaitu menggabungkan semua deria dan belajar secara berkumpulan. Menurut pelajar, modul yang telah mereka lalui dapat membantu cara belajar secara berkumpulan.

...saya boleh berkongsi dengan kawan-kawan.. (TB 1)
...boleh ulangkaji dengan kawan-kawan.. (TB 2)
...boleh belajar dengan kawan-kawan..(TB3)


d. Menjadikan belajar lebih menyeronokan

Pendekatan dalam modul ini mendedahkan cara belajar dalam pelbagai situasi sama secara senyap atau bising, melibatkan pergerakan dan aktiviti, pelbagai pendekatan dan seumpamanya. Ini akan menjadikan pelajar seronok untuk belajar. Menurut pelajar, modul ini menjadikan mereka seronok untuk belajar.

...saya rasa sangat seronok...(TB 1)
...seronok dengan cara belajar macam tu.. (TB 2)
...saya seronok belajar.. (TB 3)


e. Meningkatkan motivasi belajar

Elemen motivasi sangat penting dalam proses pembelajaran. Ia akan menjadi penggerak kepada pelajar agar meningkatkan usaha mengusai pengetahuan. Menurut pelajar, modul kemahiran belajar 5 domain dapat meningkatkan motivasi dan minat untuk belajar.

...meningkatkan motivasi saya untuk belajar.. (TB 1)
...lebih berminat untuk belajar.. (TB 3)
...minat untuk belajar dan meneruskan usaha...(TB 2)


Penutup Dan Kesimpulan

Menerusi pendekatan kemahiran belajar modul 5 domain ini ternyata mampu memberi kesan yang efektif dalam proses pembelajaran mereka khasnya bagi tujuan meningkatkan ingatan para pelajar. Modul ini dapat meningkatkan motivasi pelajar, menjadikan belajar lebih menyeronokan di samping membantu mereka menguasai ilmu pengetahuan.
Meskipun modul lima domain melibatkan sinergi lima domain utama iaitu audio, visual, kognitif, afektif serta psikomotor akan tetapi mereka yang kurang upaya iaitu pekak dan bisu masih dapat memahami dan menguasai kemahiran ini dengan baik. Mereka masih dapat menggabungkan domain visual, kognitif, afektif dan psikomotor tanpa domain audio. Dapatan berkenaan menunjukkan konsep sinergi yang melibatkan semua deria akan menjadikan suasana belajar lebih efektif, menyeronokan dan membantu menguasai maklumat dengan berkesan.
Keperluan kepada pelbagai pendekatan pembelajaran perlu diberikan kepada pelajar khususnya kepada pelajar kurang upaya (Norani, Faridah, Manisah & Safani, 2001). Ketidakupayaan mereka bukan menjadi penghalang untuk mereka menguasai ilmu pengetahuan. Modul kemahiran belajar lima domain boleh dikembangkan dan disesuaikan dengan latar belakang pelajar berkeperluan khas ini.
Pendekatan kepada proses pembelajaran yang praktikal dan berkesan perlu dijana agar ia dapat memberi kesan kepada perkembangan ilmu. Aspek perbezaan pelajar dari segi personaliti, psikologi, pencapaian ataupun kecacatan anggota tidak menghalang untuk pelajar menguasai ilmu. Dengan demikian, satu kajian saintifik yang lebih mendalam wajar dilakukan bagi melihat apakah pendekatan yang relevan serta mudah dilaksanakan dalam proses belajar kepada pelajar OKU. Penulisan ini hanyalah satu kajian awal yang memerlukan kajian lain yang lebih terperinci.





RUJUKAN


Chibnall B. (1987). Teaching For Effective Study. Bechenchem: Croom Helm Ltd.

Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008. Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hewit, J.S. & Whittier, K. S. (1997). Teaching Methods for Today's School : Collaboration and Inclusion . Boston : Allyn & Bacon.
Khalid bin Mohamed Nor (1993). Kaedah Pembelajaran Berkesan. Kuala Lumpur:
Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd.

Nolen, J. L. (2003). Multiple Intelligences in the Classroom. Education. 124(1), 115-119.

Norani Mohd Salleh, Faridah Serajul Haq, Manisah Mohd Ali & Safani Bari. (2001). Pendidikan Khas di Malaysia – kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan UKM 2001.

Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2002). Psikologi Pendidikan – Pendekatan
Kontemporari. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill.

Silver, H. , Strong, R. & Perini, M. (1997). Integrated Learning Style and Multiple Intelligences. Educational Leadership. 55(1), 22-28.

Zalizan Mohd Jelas. (2001). Menangani kepelbagaian konsep dan strategi pembezaan. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan UKM 2001.


23 june 2010, Rabu

MODUL KEMAHIRAN BELAJAR 5 DOMAIN : SATU PENDEKATAN

Oleh:


Md Noor Saper
Ab Aziz Mohd Yatim
Amelia Mohd Noor

Jabatan Bimbingan dan Kaunseling
Universiti Pendidikan Sultan Idris


Terdapat pelbagai kajian dan pendekatan terhadap kemahiran belajar yang telah diketengahkan. Menurut Abdul Razak Habib (2002) kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu. Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif apabila mereka mempunyai teknik belajar yang berkesan. Justeru itu, kaedah dan pendekatan kemahiran belajar yang lebih praktikal adalah sangat wajar untuk diketengahkan kepada para pelajar. Kemahiran belajar 5 domain merupakan satu pendekatan berdasarkan pengalaman penulis sebagai kaunselor di sekolah. Kertas kerja merupakan tinjauan awal untuk melihat sejauhmana kemahiran belajar yang melibatkan lima domain sesuai dan praktikal digunakan oleh para pelajar di sekolah bagi membantu mereka mengusai pengetahuan seterusnya membantu pencapaian dalam bidang akademik.

1.0 PENDAHULUAN

Kajian Hewitt (1973) menunjukan bahawa faktor-faktor yang menjadi punca kegagalan pelajar dan ketidakupayaan untuk mencapai skor yang baik adalah kerana mereka mempunyai masalah dalam kaedah pembelajaran mereka. Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif apabila mereka mempunyai teknik belajar yang berkesan. Ini menunjukan kemahiran belajar mempunyai korelasi terhadap pencapaian akademik seseorang.

Menurut Abdul Razak Habib (2002) kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu. Gaya pembelajaran merupakan satu bentuk gaya belajar yang diaplikasikan oleh para pelajar sebagai salah satu alternatif untuk memudahkan mereka memahami sesuatu pelajaran. Justeru itu, adalah penting bagi pelajar mengetahui kemahiran-kemahiran belajar yang betul bagi menjamin kejayaan mereka dalam setiap mata pelajaran.


2.0 KEMAHIRAN BELAJAR DAN PENCAPAIAN AKADEMIK

Rata-rata pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan menyatakan antara rahsia kejayaan mereka termasuk mempunyai perancangan dan kemahiran belajar yang sistematik. Bermula di dalam kelas yang formal di kelas sehinggalah ketika mereka mengulangkaji pelajaran di rumah, mereka mempunyai pendekatan dan kemahiran belajar yang berkesan.

Kajian oleh Gall M.D. dan rakan-rakan (1990) bertajuk `Tools for Learning’ menyatakan kemahiran belajar boleh meningkatkan pencapaian akademik pelajar di sekolah. Perkara ini disokong dengan kajian dan pendapat pengkaji yang lain seperti:
a. Entwistle (1960) menyatakan bahawa pencapaian pelajar bertambah baik dengan adanya kursus-kursus kemahiran belajar
b. Shay (1972) menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran belajar dan sikap yang baik akan mencapai gred yang baik
c. Kirschembaum dan Peril (1983) menyatakan bahawa kemahiran belajar seperti pengurusan diri dan teknik belajar akan memberi kesan terhadap pembelajaran seseorang pelajar
d. Zimmerman dan Pang (1986) menyatakan bahawa penggunaan kemahiran belajar yang sistematik adalah faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mencapai kejayaan dalam pelajaran mereka
e. Deshler dan Schumaker (1986) menyatakan bahawa pelajar yang diberi kemahiran belajar menunjukan penambahan dalam pencapaian markah
f. Wilson (1988) yang membuat kajian tentang kemahiran belajar telah menyatakan sebagai `dramatic evidence of its effectiveness’

Daripada pernyataan berkenaan menunjukan kemahiran belajar yang disertai dengan motivasi yang tinggi terbukti boleh meningkatkan pencapaian pelajar dalam pelajaran. Para pelajar perlu ditanamkan kesedaran agar mereka dapat menguasai teknik belajar yang berkesan supaya dapat memperolehi gred yang cemerlang, khasnya kepada mereka yang mempunyai pencapaian yang rendah.


3.0 KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR 5 DOMAIN

Meskipun banyak kajian yang telah dibuat berkaitan kemahiran belajar, satu pendekatan yang benar-benar praktikal perlu untuk diketengahkan. Ini disebabkan perbezaan individu berkait dengan variasi gaya pembelajaran mereka. Perbezaan individu ini juga menggambarkan perbezaan corak dan strategi pembelajaran yang diamalkan seterusnya akan menentukan kecenderungan dan minat belajar seseorang. Meskipun setiap individu itu berbeza, diharapkan perbezaan ini tidak dijadikan alasan untuk mereka memperolehi kejayaan yang cemerlang. Diharapkan kemahiran belajar 5 domain ini akan membantu setiap pelajar sama ada berpencapaian tinggi atau rendah untuk menguasai pengetahuan.

Di dalam kajian-kajian lepas banyak memperlihatkan pelbagai bentuk gaya pembelajaran termasuklah gaya pembelajaran auditori, gaya pembelajaran visual di samping gaya pembelajaran kinestetik. Diharapkan melalui kajian ini akan menambahbaikan gaya dan pendekatan kemahiran belajar yang sedia ada dalam konteks tempatan bersesuaian dengan perkembangan dan persekitaran diri seseorang pelajar.

Kajian ini juga sedikit sebanyak dapat membantu para kaunselor khususnya di sekolah. Ini disebabkan antara bidang utama profesion kaunselor adalah untuk membantu meningkatkan pencapaian akademik para pelajar.

TEORI
Satu perkara yang lain Satu perkara yang tidak boleh diketepikan dalam menguasai pengetahuan ialah berkait rapat dengan aspek dalaman dan motivasi.

Kajian ini penting untuk melihat
Multi dimension
Bersepadu semua deria

4.0 PENDEKATAN TEORI

Rentetan dari usaha untuk memahami dan mengimplementasi modul, kajian ini bersandarkan kepada teori yang dikemukakan oleh Howard Gadner iaitu “Gardner’s Multiple Intelligences Theory”. Teori yang berkait dengan kepelbagaian kecerdasan ini boleh dijadikan sandaran selari dengan tuntutan teori yang mementingkan penyesuaian guru terhadap strategi instruksional dalam usaha untuk memenuhi keperluan pelajar. Oleh demikian, dari konteks kajian ini ianya dilihat kebolehan penyesuaian pelajar untuk menyesuaikan diri dengan apa yang perlu dipenuhi oleh mereka sendiri untuk memperolehi maklumat dan pembelajaran.

Terdapat lapan jenis kecerdasan yang dikemukakan oleh Gardner. Kecerdasan pertama adalah kecerdasan bahasa atau linguistik yang melibatkan keupayaan menguasai bahasa. Individu yang memiliki kecerdasan ini cenderung untuk berfikir dalam bentuk perkataan (yakni melisankan apa yang difikirkan) serta berupaya membentuk kemahiran audio (bersuara). Individu ini juga boleh memberikan perhatian yang sepenuhnya dari aspek tatabahasa serta perbendaharaan kata dan tidak ketinggalan berkeupayaan untuk menggunakan sesuatua perkataan secara jelas.

Kecerdasan muzik boleh dilihat dari satu medium yang sama dengan kecerdasan bahasa. Melalui muzik, individu berupaya menyalurkan perasaan dan emosi dari segi menjiwai, mengetahui dan memahami perasaan. Kecerdasan ini mempunyai nilai tara yang tinggi kerana ianya boleh disebatikan dengan pelagai kecedasan yang lain. Aspek kecerdasan ketiga adalah berkait dengan kecerdasan logik-matematik yang mengandungi keupayaan untuk mengenalpasti corak, penakulan secara deduktif serta berfikir secara logik. Umpamanya, kanak-kanak bermula dengan meneroka kecerdasan ini dengan mula menyusun objek yang dipelajari secara realiti dan kemudian beralih dengan melakukan perkiraan dalam otak mereka secara manipulatif. Keadaan ini secara beransur-ansur mula membawa ke arah pembentukkan kemahiran rantaian penakulan yang berpanjangan.

Dalam merealisasikan keupayaan untuk memanipulasi dan menbentuk imej-imej mental bagi menyelesaikan sesuatu masalah, individu didorong dengan kecerdasan ruang. Individu sedemikian dapat menanggap keadaan visual sekeliling secara tepat, boleh membuat transformasi dan modifikasi terhadap persepsi awal serta boleh mencipta semula persepsi-persepsi awal walaupun tiada rangsangan secara nyata yang diberikan. Dengan erti kata lain, kecerdaan ruang ini adalah keupayaan persepsi secara visual.

Bagi kecerdasan badan-kinestetik, individu mempunyai keupayaan untuk memahami dunia sekeliling secara ekpresif dengan tubuh badan. Penggunaan kemahiran motor kasar dan motor halus dapat dikawal sepenuhnya oleh individu dan gabungan kriteria ini dapat menjurus ke arah pengawalan objek secara tepat. Ini sudah tentu membawa impak yang besar pada tindakan dan juga keupayaan yang dinamik.

Selain itu, Gardner turut menjelaskan tentang kecerdasan interpersonal di mana individu turut memiliki keupayaan untuk memahami, menanggap dan mendiskriminasi antara mood, perasaan, motivasi serta kecerdasan-kecerdasan lain yang dimiliki oleh manusia. Berbeza dengan kecerdasan intrapersonal, ia lebih berkait dengan aspek dalam kendiri idividu yang lebih dicirikan dengan kepuayaan untuk memahami diri dan kemampuan diri. Kedua-dua aspek kecerdasan dapat dipupuk dan diperteguh dengan rangsangan sumber-sumber yang bersesuaian, umpamanya sumber dalaman yang lebih bersifat pemberian makna seperti aspek kesabaran dan pujian, dan melalui kerja berkumpulan bagi pemupukan kecerdasan interpersonal.

Kecerdasan lain yang boleh diperolehi dari pemerhatian dan pengalaman adalah kecerdasan “environmental or naturalist”. Ia melibatkan keupayaan untuk memahami simbol semulajadi untuk meneliti keseimbangan bagi meneruskan kehidupan. Pendedahan secara semuladi terhadap persekitaran secara semulajadi membolehkan pelajar memperolehi manfaat dengan mengalami pembelajaran secara “hands-on”.

Ringkasnya, penjelasan kelapan-lapan aspek kecerdasan oleh Gardner membolehkan individu mendasari semula komponen utama yang dicerminkan oleh pelajar dengan kepelbagaian cara dan corak belajar yang berbeza oleh mereka. Menurut Silver, Strong dan Perini (1997), gaya belajar adalah merupakan keperbezaan cara individu berfikir dan belajar, fokus kepada bagaimana individu ‘menyerap’ maklumat, pemikiran dan seterusnya membuat penilain terhadap hasil yang diperolehi.

Intipatinya, gaya belajar yang berbeza ini, jika dilihat dari pangkalnya adalah berteraskan tunjang kecerdasan yang sama. Apa yang membezakan adalah penggunaan kecerdasan tersebut dengan kepelbagaian dominasi tertentu mengikut keselesaan seseorang individu. Atas dasar ini, pengkaji merasakan satu bentuk penyepaduan modul perlu diketengahkan dalam usaha untuk membantu pelajar melengkapkan diri dengan kemahiran belajar yang bersesuaian dan efektif. Sudah pastinya penyepaduan lapan aspek kecerdasan sebagaimana yang dikemukakan oleh Gardner diterjemahkan kepada lima aspek domain yang dirasakan perlu digemblengkan kearah pembentukkan modul kemahiran belajar yang bersifat pelbagai dimensi (multidimensional).


5.0 GAYA BELAJAR 5 DOMAIN

Perkara yang penting dalam proses pembelajaran ialah untuk mendapat maklumat, memproses seterusnya disimpan sebagai ingatan. Ingatan adalah satu perkara penting untuk para pelajar bagi mengeluarkan maklumat itu semula dalam peperiksaan. Ahli psikologi telah banyak membuat banyak kajian dan cerapan bagaimana manusia itu mengingati sesuatu. Kajian ahli psikologi menunjukan manusia mempunyai daya ingatan yang berbeza bagi maklumat dalam bidang yang berlainan. Dalam perkataan lain, manusia mempunyai kekuatan ingatan yang berlainan terhadap wajah dan fakta sains.

Satu lagi cerapan ahli psikologi ialah kita mengingat dengan memilih apa yang kita mahu ingat. Ianya melibatkan emosi keinginan ingin tahu yang tinggi berdasarkan perasaannya. Perkara ini mungkin disebabkan oleh naluri inginkan pengetahuan ataupun sebagai satu keperluan lain berasaskan matlamat yang ingin dicapai seperti untuk lulus peperiksaan atau seumpamanya.

Berasaskan fakta di atas menunjukan proses pembelajaran melibatkan pancaindera sama ada otak sebagai agen kognitif, aspek perasaan (kognitif) dan sebagainya. Justeru itu, penulis merasakan, proses pembelajaran yang aktif dan berkesan perlu melibatkan semua pancaindera yang melibatkan beberapa domain utama iaitu domain audio, domain visual, domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor di mana penulis namakan sebagai kemahiran belajar 5 domain. 5 Domain perlu dilibatkan dalam proses pembelajaran khasnya untuk tujuan meningkatkan ingatan para pelajar.


5.1 Domain Audio

Domain audio adalah yang menggunakan pancaindera pendengaran untuk mendengar maklumat yang diperolehi. Dalam proses pembelajaran secara asasnya semua pelajar akan menggunakan domain ini. Sama ada berkesan atau tidak pendengaran ini adalah bergantung kepada domain-domain yang lain. Sepanjang pembelajaran para pelajar sama ada domain ini digunakan sepenuhnya adalah sukar untuk ditentukan. Ini disebabkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kebanyakan para pelajar tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kerana gangguan persekitaran yang ada. Ini menunjukan proses pembelajaran tidak boleh hanya bergantung kepada domain audio sahaja.

5.2 Domain Visual

Domain visual menggunakan pancaindera penglihatan. Apa sahaja aktiviti visual akan membawa kepada kefahaman yang nyata. Kefahaman yang nyata bermaksud bukannya yang berbentuk khayalan atau imaginasi. Apa yang dilihat adalah sangat penting. Perkara yang menjadi persoalan ialah kenapa dengan hanya menggunakan domain visual, pelajar masih tidak dapat menguasai dan memberi tumpuan terhadap apa yang diajar ?. Ini menunjukan kepentingan keterlibatan domain yang lain yang boleh mengukuhkan terhadap proses mendapat maklumat.


5.3 Domain Kognitif

Domain kognitif melibatkan aspek pemikiran yang aktif. Ia agak sukar untuk dilibatkan secara maksima. Ia akan menjadi sukar sekiranya pengajaran dan pengajaran yang dijalankan hanya bersifat sehala.


5.4 Domain Afektif

Domain afektif adalah melibatkan perasaan, nilai yang dipegang, sensitiviti dan persepsi individu. Bagi melibatkan tumpuan aspek ini secara menyeluruh juga agak sukar sekiranya terdapat gangguan yang lain serta tidak dilibatkan dilibatkan domain yang lain.

5.5 Domain Psikomotor

Domain psikomotor melibatkan pergerakan tubuh atau apa sahaja pergerakan aktiviti dalam bentuk tingkahlaku.

Menurut Selmes (1987), latihan dalam mengaplikasikan strategi belajar adalah perlu. Berbincang dengan rakan-rakan dan guru akan dapat membantu individu untuk meningkatkan lagi kemahiran belajar masing-masing.

akan bersambung...

365 ways to help ur children grow... sheila ellison & barbara ann barnett


Sori dah lama tak upload bahan baru... sila download bahan di bawah untuk kegunaan anda dalam membimbing anak membesar... tq.



Saturday, September 6, 2008

365 WAYS TO HELP YOUR CHILDREN GROW

ISU-ISU KAUNSELING

} suasana yang sedang berubah di dalam masyarakat barat memerlukan definisi dan penstrukturan semula keluarga.
} perceraian, perkahwinan semula, bersekedudukan, dual career, blended family dan istilah-istilah lain telah mewarnai gaya hidup sistem kekeluargaan di barat ( USA).
} Setiap keluarga dengan nilai yang unik telah menyumbang kepada budaya, sikap, kepercayaan yang dibawa oleh pelajar ke sekolah.
} Oleh itu kaunselor sekolah akan mengalami kepelbagaian dari segi jenis keluarga dari mana pelajar itu datang.
} Mereka memerlukan pengetahuan dan kemahiran untuk menolong sekolah menyesuaikan program dan mewujudkan perkhidmatan-perkhidmatan untuk menangani cabaran ini.
} Dunia dipenuhi dadah.
} Keganasan di sekolah, di dalam rumahtangga, di dalam masyarakat dll.
} Masalah kritikal seperti bunuh diri, terlibat dengan gejala menghancurkan diri sprt. dadah, black metal, bohsia, bojan, mat rempit, mat punk dll.
} Lebih 7 juta kanak-kanak dan remaja mengalami mental disorder dan masalah sosial.
ISU PENCEGAHAN
} Walaupun program pencegahan telah dijalankan berterusan, tetapi masalah yang berlaku masih terus berlaku. oleh itu perkhidmatan pencegahan perlu diteruskan.
} Perkhidmatan pencegahan- contoh kemahiran membuat keputusan.
} Pengetahuan tentang perkembangan seks:
- membina perhubungan sebaya yang sihat.
- tingkahlaku menangani tekanan membesar di dalam dunia yang kompleks dan bergerak cepat.
- menangani kesunyian akibat berkembangnya penggunaan alat teknologi dan peluang yang kurang untuk menjalin interaksi sosial.
-ketidakpastian tentang pemilihan kerjaya.
ISU PERKEMBANGAN
} Pelajar akan datang akan mempunyai ekspektasi biologi, emosi, sosial dan pendidikan yang sama dengan pelajar pada hari ini.
} Walaupun proses perkembangan manusia secara keseluruhan tetap kekal tidak berubah, impak perubahan dunia akan tetap merubah beberapa aspek dan elemen proses perkembangan manusia.
} ISU KEMISKemiskinan dikaitkan dengan kesihatan, pembelajaran, masalah kejiranan dll.
} Poverty is the parent of school failure, job failure, emotional imbalance and social rejection ( Howe, 1991 ).
KINAN
DIVERSITI SEKOLAH PADA MASA DEPAN
} Adaptasi kepada perubahan teknologi.
} Peningkatan jangka hayat.
} Kepelbagaian budaya sebagai satu tekanan yang signifikan di dalam pendidikan.
} Kesihatan dan penyakit.
} Kemiskinan dan kedaifan.
} Trend pekerjaan yang sentiasa berubah.
} Keganasan yang meningkat dan kehilangan keselamatan di dalam persekitaran kehidupan.
} Penglibatan ibu bapa.
} Kolaborasi dengan guru-guru.
} Perkhidmatan berasaskan sekolah.
} Perkhidmatan untuk belia.
ASPEK YANG MEMBERI IMPAK KEPADA SEKOLAH AKAN DATANG
} Perkembangan penduduk yang perlahan.
} Meningkatnya bilangan kaum mendatang.
} Meningkatnya permintaan pendidikan.
} Teknologi maklumat mengubah cara hidup dan bekerja.
} Globalisasi.
} Isu perkembangan kesihatan yang membezakan antara yang mampu dan yang tidak mampu.
} Perubahan unit keluarga.
} Isu sosial-sekolah sebagai pusat isu sosial.
} Peperangan dan persengkatan di dalam negara.
MASA HADAPAN KAUNSELING SEKOLAH
} Bina pengetahuan yang lebih luas tentang perkembangan manusia sepanjang hayat.
} Penyesuaian kepada teknologi baru.
} Tingkatkan penggunaan proses kelompok.
} Luaskan perkembangan profesional.
} Ukur dan nilai hasil perkhidmatan.
} Aktif secara profesional di peringkat negara dan internasional.
ISU BERKAITAN KAUNSELING SEKOLAH PADA MASA HADAPAN
ISU BERKAITAN KAUNSELING SEKOLAH PADA MASA HADAPAN
} SILANG BUDAYA DI SEKOLAH.
} PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS.
} SEKS DAN ISU BERKAITAN SEKS DI SEKOLAH.
} PENYALAHGUNAAN DADAH-PENCEGAHAN DAN INTERVENSI.
} MEMAHAMI DAN MENCEGAH KEGANASAN DI SEKOLAH.
} PENGANIAYAAN TERHADAP KANAK-KANAK DAN REMAJA.
Sekolah dan Birokrasi
} Tony Bush (1995), sekolah bukan organisasi birokratik kerana ia mempunyai struktur yang kabur. Antaranya:
} 1. tidak mempunyai matlamat yang jelas yang boleh dianggap sebagai teras teknikalnya.
} 2. proses membuat keputusan di sekolah sering kali kabur dan tidak semestinya mengikut proses rasional.
} 3. sekolah adalah struktur yang wujud kerana kumpulan tenaga individu dan tanpa mereka struktur sekolah tidak wujud
} 4. kuasa autoriti di sekolah dikongsi bersama oleh ahli profesional dan pentadbir
5. sekolah sentiasa terdedah kepada kontigensi yang timbul dan langsung hampir tidak mengenali keadaan kestabilan yang diperlukan untuk pelaksana sistem birokrasi
Bell (1988)
} Meskipun sekolah bukan organisasi birokratik, ia mempunyai elemen birokratik. Oleh itu wujudlah hierarki pelbagai tahap kuasa dan autoriti dalam pentadbiran sistem organisasi sekolah. Sistem pelbagai jawatankuasa di peringkat sekolah mencerminkan elemen birokrasi ini.
Glasman (1995), Weick (1988), Apple (1995)
} … birokrasi di sekolah bersifat kotigensi kerana sekolah adalah organisasi yang berciri ‘loose sturucture’ adalah didefinisikan sebuah sturuktur yang mana hubungan antara input, proses dan output tidak berlaku secara rasional dan linear, malah hubungan antara mereka selalu dikawal oleh faktor sekolah. Kesimpulannya oleh kerana sekolah tidak boleh ditakrifkan sebagai birokrasi tulen, ahli-ahli organisasi sepatutnya mampu mencorakkan struktur yang mempengaruhi hal-hal berhubung kerja dan perhubungan mereka.
Tujuan Pengurusan Personel
} Meningkatkan sumbangan produktif tenaga manusia kepada organisasi dan pada masa yang sama organisasi dapat memberi kepuasan kepada mereka (Rozhan 1997).
Personnel Standards Lead Body (1993)
Mewujudkan persekitaran yang membolehkan pengurusan melantik, melatih dan memotivasikan pekerja yang mereka perlukan yang mereka perlukan untuk pekerja masa sekarang dan masa hadapan.
Memperkembangkan potensi pekerja secara berterusan dan mewujudkan ikilim sesuai untuk memenuhi objektif organisasi.
Memperkukuhkan kepentingan bersama dan menggalakkan kerja berkumpulan.
4. Mengurus perubahan dalam organisasi.
Fungsi Pengurusan Personal
Penganalisisan organisasi
Perkembangan dan pembangunan organisasi.
Perancangan personel.
Peningkatan mutu tenaga manusis dan latihan
Pembayaran upah dan gaji.
Perhubungan industri.
Kebajikan pekerja.
Komunikasi dalam organisasi.
Disiplin
Sistem Maklumat dan Rekod Personel




Assalamualaikum, saya akan berkongsi di sini tentang pembacaan saya dalam buku tersebut yang ditulis oleh Shella Ellison dan Barbara Ann Barnett, Ph.D. di atas. Saya sarankan yang berminat beli buku ini. Buku ini ada 7 bahagian. Bermula dengan bahagian 1 iaitu tentang diri kanak-kanak itu sendiri, bahagian 2 ekspressi diri, 3, tentang orang lain, 4 building character, 5 mengajar kanak-kanak bagaimana menghadapi challenges, 6 tentang keluarga dan 7 having fun together. Moga dapat ikuti semua aktiviti ini terutama Alya yang berminat dengan kanak-kanak, terima kasih.




Part 1 About Yourself - Self Esteem
Aktiviti: Feel Good Notebook






klik gambar di atas untuk membaca lebih mudah. Outline the Good Qualities adalah langkah kedua bagi meningkatkan self esteem anak. cubalah. tq.





Wednesday, June 25, 2008

soalselidik ujian personaliti

ARAHAN

Soalselidik ini mengandungi 150 pernyataan. Bermula dengan nombor satu, rekodkan jawapan anda pada kertas jawapan yang disediakan menggunakan kaedah berikut:

Jika pernyataan itu menerangkan diri anda, hitamkan nilaian yang mengandungi huruf T (betul)
Jika tidak, hitamkan bulatan yang mengandungi huruf F (salah)

Untuk keputusan yang lebih bermakna, sila bertenang dan ambil masa anda. Tentukan anda jawab semua soalan.

SELAMAT MENJAWAB
SOALSELIDIK PERSONALITI

1. Selesa memberitahu orang lain mengenai apa-apa yang ada dalam fikiran saya.
2. Lebih suka bekerja dengan idea-idea dari bekerja dengan data dan benda.
3. Suka melakukan ssesuatu mengikut cara saya sendiri dari mengikut struktur yang telah ditetapkan.
4. Merasa selamat bila saya tahu orang yang saya percayai berada di sisi saya.
5. Suka menghadiri majlis-majlis keraian dan keramaian.
6. Mengkritik secara kritikal apa sahaja bahan yang saya baca.
7. Selesa tinggal di kawasan yang tidak mempunyai ramai jiran tetangga.
8. Selesa dalam mengahadapi situasi-situasi baru.
9. Tidak mudah mengaku kalah bila berhadapan dengan masalah-masalah yang rumit.
10. Seringkali mengelak dari bertanya kerana takut akan salah.
11. Ingin supaya orang lain menganggap diri saya sebagai pemimpin.
12. Suka menolong rakan-rakan yang mempunyai masalah peribadi.
13. Memerlukan sanjungan dan pujian dari orang lain untuk mengelakkan diri dari rasa tertekan.
14. Suka kepada kerja-kerja yang mempunyai struktur yang jelas dan sistematik.
15. Ingin supaya orang lain melihat saya sebagai orang yang amat berjaya.
16. Tidak segan-segan meminta pertolongan dari rakan-rakan dan ahli-ahli profesional bila menghadapi masalah.
17. Mempersoalkan secara kritikal setiap perkara yang saya buat dan lihat.
18. Selalu membuat keputusan sendiri tanpa meminta pendapat orang lain.
19. Mengelak dari membincangkan perkara-perkara yang mungkin akan menyebabkan orang lain marah.
20. Suka memberi ucapan semasa berada di dalam kumpulan yang besar.
21. Suka memikirkan masalah-masalah yang rumit dan berat.
22. Suka memendamkan perasaan saya dari diketahui oleh orang lain.
23. Tidak suka terikat dengan jadual yang tetap untuk aktiviti-aktiviti masa lapang.
24. Sanggup tidak tidur untuk menyelesaikan kerja-kerja yang telah dimulakan.
25. Merasa tertekan apabila memikirkan saya tidak boleh mengawal keadaan.
26. Suka membuat keputusan-keputusan penting bersendirian tanpa berbincang dengan orang lain.
27. Tidak sampai hati melihat orang lain dihukum walaupun ianya telah diadili.
28. Ingin supaya orang lain bersimpati dengan masalah-masalah saya.
29. Selalu mengawal tindak-tanduk saya tanpa memikirkan perasaan sendiri.
30. Beranggapan adalah penting mempunyai pekerjaan di mana orang lain tidak berupaya melakukannya.
31. Tidak merasa janggal meminta kembali barang-barang saya yang telah dipinjam oleh rakan.
32. Suka membaca buku-buku falsafah dan psikologi.
33. Akan datang dan pergi mengikut sesuka hati saya.
34. Cenderung menyebelahi pihak yang mendapat suara majoriti.
35. Percaya bahawa orang lain melihat saya sebagai seorang yang peramah.
36. Lebih suka berdamping dengan orang-orang yang intelek dari orang-orang yang praktikal.
37. Tidak banyak bercakap dalam sesuatu sesi perbincangan dan perbualan.
38. Merasa seakan-akan berminat kepada semua perkara.
39. Akan menyelesaikan sesuatu kerja sebelum memulakan kerja-kerja yang lain.
40. Percaya bahawa orang lain membuat sesuatu kerja lebih baik daripada saya.
41. Lebih suka menjadi ketua dari menjadi pengikut.
42. Suka memberi pertolongan kepada orang lain walaupun saya tahu orang itu merasa tidak selesa.
43. Selesa menceritakan masalah-masalah peribadi saya kepada orang lain.
44. Suka kepada aktiviti-aktiviti yang memerlukan perhatian dan tumpuan yang terperinci.
45. Mencuba bersungguh-sungguh dalam melakukan apa-apa sahaja kerja.
46. Meradang apabila semua kerja yang saya buat tidak menjadi.
47. Berminat untuk mencipta idea-idea dan teori-teori baru mengenai manusia.
48. Tidak mengharap orang lain membantu kerja-kerja saya.
49. Suka menerima pemimpin orang lain.
50. Mudah memulakan perbualan dengan orang-orang yang belum saya kenali.
51. Suka menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi melalui kajian-kajian dan penyelidikan.
52. Berdiam diri bila ada ketua datang menyelia saya.
53. Merasa gelisah jika tidak ada kerja-kerja baru yang boleh dibuat.
54. Akan meneruskan kerja-kerja yang susah walaupun hanya terdapat sedikit harapan untuk berjaya.
55. Rasa tidak puas hati dengan apa yang saya telah capai.
56. Suka membuat keputusan-keputusan untuk kumpulan.
57. Suka meminjamkan barang-barang kepunyaan saya kepada kawan-kawan.
58. Jarang mendapat belaian kasih sayang dan perhatian yang saya inginkan.
59. Ada membuat jadual makan dan tidur yang tetap untuk setiap hari.
60. Suka menerima hadiah-hadiah dan anugerah-anugerah bagi setiap pencapaian cemerlang yang saya perolehi.
61. Selesa memberitahu orang lain mengapa tingkahlaku sseseorang itu menyakitkan hati saya.
62. Suka menganalisa personaliti orang yang saya temui.
63. Cuba membebaskan diri dari dikawal oleh orang-orang yang ada autoriti.
64. Tidak akan melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan walaupun saya tidak bersetuju dengan peraturan itu.
65. Cenderung untuk bercakap lebih banyak dari orang lain apabila berada di dalam kumpulan.
66. Suka melibatkan diri dalam perbincangan mengenai idea-idea yang abstrak.
67. Suka menghabiskan waktu petang seorang diri dari duduk bersama kawan-kawan yang lain.
68. Selalu mengubah rancangan-rancangan dan aktiviti-aktiviti yang telah saya tentukan.
69. Boleh bekerja dlaam satu jangkawaktu yang panjang tanpa merasa letih dan jemu.
70. Rasa bersalah mengenai beberapa perkara yang saya lakukan pada masa lalu.
71. Akan mengambilalih keadaan apabila suasana berada dalam keadaan tertekan.
72. Merasa gembira menghabiskan sebahagian besar masa saya membantu menyelesaikan masalah-masalah sosial.
73. Merasa perlu bagi saya mencurahkan segala yang terkandung di dalam hati saya kepada orang lain.
74. Menyusun idea-idea dan pemikiran saya dengan cermat sebelum memulakan perbualan.
75. Mencuba untuk mencapai kemenangan dalam apa-apa sahaja aktiviti yang bercorak pertandingan.
76. Selesa bertanyakan arahan-arahan ketua yang kurang jelas.
77. Suka melibatkan diri dalam perbincangan-perbincangan yang berkaitan dengan falsafah masayarakat yang ideal.
78. Suka membuat kerja-kerja yang tidak melibatkan arahan. Persetujuan dan pendapat orang lain.
79. Meminta pendapat dan persetujuan orang lain sebelum memulakan sesuatu pekerjaan.
80. Suka kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang lain.
81. Percaya bahawa menjadi seorang yang intelek adalah amat penting dalam hidup saya.
82. Saya menyendiri melayan fikiran saya.
83. Selesa dalam menghadapi situasi-situasi baru.
84. Suka berdampingan dengan orang-orang yang rajin bekerja.
85. Merasa diri saya gagal bila orang lain membuat kerja lebih baik daripada saya.
86. Bercita-cita menjadi pemimpin sesebuah kelab atau organisasi.
87. Sukakan binatang seperti mana saya sukakan manusia.
88. Selalu meminta kepastian dari orang lain bahawa apa yang saya buat dan katakan adalah betul.
89. Sentiasa menjaga ruang tempat kerja saya supaya kelihatan kemas dan teratur.
90. Melihat diri saya sebagai seorang yang bercita-cita tinggi.
91. Benci kepada orang yang saya tidak sukai.
92. Selalu memikirkan jalan-jalan penyelesaian mengenai bermacam-macam masalah sosial Politik dan ekonomi.
93. Melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri tanpa memikirkan apa yang orang lain akan kata.
94. Mendapati yang diri saya lebih banyak bertolakansur mengenai sesuatu perkara berbanding dengan orang lain.
95. Merasa selesa walaupun bertemu buat kali pertama.
96. Suka menulis ulasan kritikal mengenai buku-buku dan artikel-artikel yang saya baca.
97. Tidak selesa bercakap di hadapan khalayak ramai.
98. Tidak suka tinggal di sesuatu tempat dalam satu jangkamasa yang lama.
99. Akan meneruskan kerja-kerja yang menghadapi kebuntuan, walaupun orang lain telah menarik diri.
100. Merasakan bahawa kehidupan saya sehari-hari adalah tidak menggembirakan.
101. Selalu mempengaruhi orang lain supaya menerima pendapat saya.
102. Percaya bahawa menolong orang lain adalah lebih penting dari menolong diri saya sendiri.
103. Memerlukan sanjungan dan pujian dari rakan-rakan untuk merasa gembira.
104. Merancang dengan teliti segala matlamat yang ingin saya capai di masa akan datang.
105. Merasakan bahawa kejayaan orang lain selalu mendorong saya untuk mencuba dengan lebih bersungguh-sungguh.
106. Lebih selesa membuat kerja-kerja yang ingin saya buat dari kerja-kerja yang orang lain suruh buat.
107. Berminat mencari sebab musabab mengenai tingkahlaku manusia.
108. Selalu bertindak mengikkut keyakinan diri saya hampir setiap masa.
109. Merasa perlu bergantung kepada pemimpin yang saya percayai bagi membentuk nilai-nilai hidup saya.
110. Merasakan lebih selesa bersama orang lain tidak dikenali dari duduk seorang diri.
111. Suka memikirkan sebab-sebab berlakunya masalah-masalah dunia serta cara penyelesaiannya.
112. Selalu merasa bimbang bila bertumu dengan orang lain.
113. Suka membuat sesuatu hanya kerana ianya berbeza dari yang lain.
114. Cuba menyelesaikan seberapa segera buku-buku dan majalah-majalah yang mula dibaca.
115. Merasakan yang diri saya patut dihukum kerana melakukan sesuatu yang salah.
116. Suka kepada aktiviti-aktiviti kumpulan di mana saya bertindak sebagai pengarah.
117. Mudah mesra dan mudah membina persahabatan dengan orang lain.
118. Merasa kecewa bila orang lain tidak menghargai diri saya.
119. Merancang semua aktiviti-aktiviti supaya ianya dapat dijalankan dengan lancar.
120. Mempunyai keingingan yang tinggi untuk lebih berjaya daripada orang lain.
121. Agak mudah marah berbanding dengan kawan-kawan saya yang lain.
122. Memperuntukkan masa yang agak banyak bagi memikirkan masalah-masalah yang rumit.
123. Percaya yang saya mempunyai hak untuk menentukan sendiri apa yang ingin saya buat.
124. Lebih suka meminta nasihat dari orang lain dari cuba menyelesaikan masalah saya sendiri.
125. Merasakan orang lain melihat saya sebagai orang yang mudah di dampingi.
126. Merasakan yang diri saya lebih berkebolehan membuat kerja-kerja pentadbiran dengan rakan-rakan sejawat yang lain.
127. Merasa amat sukar memberitahu orang lain mengenai diri saya.
128. Ingin mencuba sesuatu sekurang-kurangnya sekali.
129. Bila saya membuat sesuatu keputusan, jarang sekali saya akan mengubahnya.
130. Percaya bahawa diri saya mempunyai lebih banyak masalah peribadi dari orang lain.
131. Suka jika saya terpilih untuk memegang jawatan yang mempunyai autoriti.
132. Percaya bahawa kebanyakan orang lain yang saya temui boleh menjadi kawan kepada saya.
133. Ingin supaya diri saya difahami dan diterima oleh orang lain.
134. Bekerja lebih efektif mengikut jadual yang telah saya rancang terlebih dahulu.
135. Suka memenuhi masa lapang saya dnegan aktiviti-aktiviti dan kerja-kerja yang berat.
136. Suka kepada perdebatan yang hangat tidak kira sama ada saya menang atau kalah.
137. Suka membaca buku-buku yang membolehkan saya mengenal diri saya dengan lebih baik.
138. Berpendapat bahawa apa yang betul dan apa yang salah adalah ditentukan oleh diri saya sendiri.
139. Tidak akan memulakan sesuatu kerja bila saya dapati orang lain tidak berminat untuk melakukannya.
140. Mempunyai ramai sahabat dan kenalan.
141. Suka berbincang mengenai konsep-konsep dan ide-ide.
142. Merasa sukar untuk berinteraksi denganorang yang baru saya kenali.
143. Merasa bosan hidup dalam keadaan yang stabil di sepanjang masa.
144. Tidak suka membiarkan sesuatu kerja terbengkalai tanpa mencari jalan penyelesaian segera.
145. Takut akan kecewa dalam mengharungi hidup.
146. Suka kepada kerja di mana saya mempunyai tanggungjawab penuh untuk menyelia.
147. Suka melawat jiran-jiran dan kawan-kawan saya yang sakit.
148. Akan meminta pertolongan rakan-rakan sejawat yang lain apabila menghadapi kebuntuan.
149. Rasa kecewa bila ada sesuatu perkara mengganggu perjalanan rancangan saya.
150. Ingin diiktiraf sebagai seorang yang berpengaruh.

Monday, June 9, 2008

>Penulisan/Isu Buli Dari Akhbar

8 Garis Panduan Atasi Kes Buli, Ugut
19 Julai 2005: Bilangan kes buli peras ugut dan vandalisme di sekolah di negara ini masih rendah jika dibandingkan negara lain iaitu di bawah .03% kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim. Antara cara ialah talian hotline dan e-mail untuk membolehkan aduan dibuat kepada kementerian jika berlaku kes buli di sekolah, Hon menerima 249 aduan selepas empat bulan talian hotline dilancarkan pada tahun lalu dan sejak Januari tahun ini. Hanya 40 aduan membabitkan kes salah laku dan disiplin diterima menerusi talian itu, manakala 25 kes lagi didedahkan media. Hon juga telah mewujudkan pasukan pemantau bagi mengawasi kejadian disiplin di sekolah dan setakat ini 1,366 sekolah sudah dilawati pasukan itu iaitu 14.3 peratus daripada jumlah keseluruhan sekolah di negara ini.

Pelajar Patah Tangan, Lebab Muka Dibelasah 10 Senior:
Teluk Intan, 19 Julai 2005: Seorang pelajar tingkatan empat SM Teknik Teluk Intan, Jalan Changkat Jong, di sini patah tangan kanan, lebab badan dan muka selepas dibelasah oleh 10 orang senior sekolah itu tiga hari lalu. Mangsa 16 tahun dari kampung Banang, Hutan Melintang dikatakan dibelasah pelajar senior pada jam 9 malam, ketika di a keluar dari dewan makan asrama berkenaan.

Kes Buli: Dua lagi pelajar ditahan.
Kuantan, 4 Jun 2005: Berita Harian 4 Jun 2005
Polis menahan dua lagi pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Lipis, yang dipercayai membuli pelajar tingkatan satu sekolah itu, Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Mohd Shakaruddin Che Mud mengesahkan kedua-dua pelajar tersebut ditahan di rumah masing-masing di Lipis.

MB Pahang anggap serius

Kuantan, 4 Jun 2005: Berita Harian 4 Jun 2005
Kerajaan Pahang menganggap kes buli yang menimpa pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama Padang Tungku Lipis, Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin, 13, seagai masalah serius dan tidak boleh dipandang remeh. Beliau berkata sudah banyak kes buli dilaporkan berlaku di negara ini dan perkara itu didapati ada kaitan dengan kerapuhan institusi kekeluargaan. Pendekatan holistik yang akan dilakukan Kementerian Pelajaran bagi menangani masalah itu adalah wajar dan kerajaan negeri akan membantu dengan memberi input yang diperlukan. Beliau berkata usaha mewujudkan budaya sayang di kalangan keluarga dan anggota masyarakat adalah penting dalam pembentukan akhlak seseorang supaya tidak bertindak ganas.

Pemuda Pahang syor sistem asingkan tugas warden, guru.
Kuala Lumpur, 4 Jun 2005: Berita Harian 4 Jun 2005
Pemuda UMNO Pahang mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan sistem yang mengasingkan tugas warden asrama sekolah dengan guru sebagai sebahagian usaha menangani gejala buli. Ini memandangkan kesibukan guru yang tiada masa untuk mengambil tahu tentang masalah pelajar di asrama.

Pengetua perlu gubal polisi keselamatan, kesihatan sekolah
Kuala Lumpur 6 Jun 2005: Utusan Malaysia
Semua pengetua sekolah dikehendaki menggubal polisi keselamatan dan kesihatan di sekolah bagi membentuk budaya kerja yang selamat dan siat di kalangan pelajar sekolah. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk, abdul Rahman Bakar berkata aspek seperti prosedur kerja selamat serta penyelenggaraan persekitaran dan peralatan sekolah amat penting bagi menjamin keselamatan di sekolah

Siti Hasma Mahu Amalan Membuli Pelajar Baru Dihentikan
Cyberjaya 7 Mei: Utusan Malaysia
Tun Dr. Siti Hasmah mahu amalan membuli pelajar baru oleh pelajar senior institusi pengajian tinggi (IPT) semasa minggu orientasi dihentikan. Canselor Universiti Multimedia (MMU) itu mengingatkan pelajar IPT agar tidak mengamalkan perbuatan membuli pelajar baru yang boleh menyebabkan kecederaan atau kemalangan.

GUNA PENDEKATAN BARU ATASI MASALAH BULI
Forum Utusan Malaysia, Rabu 8 Jun, 2005
Dr. Novandri Hasan Basri, Gelugor, Pulau Pinang
Sekolah perlu berkonsepkan mini universiti. Peperiksaan di sekolah perlu meniru sistem Cummulative Grading Points Average (CGPA) di masa tiap markah yang diperoleh daripada setiap ujian, projek, persatuan dan peperiksaan akan menyumbang kepada markah akhir pelajar tersebut. Sistem ini akan memaksa pelajar lebih aktif dialam aktiviti sekolah dan juga belajar dengan lebih konsisten. Masalah isu buli merupakan satu isu yang sudah lama berlaku dan dibahaskan. Sudah tiba masanya kita mengambil pendekatan baru jika kaedah ortodoks selama ini tidakberkesan sepenuhnya.
Buku Developmental Psychology Childhood and Adolescence (1996) telah memetik huraian Patterson (1982; Patterson et. Al 1989) yang menerangkan bahawa anak-anak yang bermasalah selalunya tinggal di dalam keluarga yang dianggap sebagai tapak semaian kepada tingkahlaku antisosial dan garang.

Implikasi:
pelajar lain yang lebih pandai akan menjauhkan diri daripada mereka.
pelajar ini juga akan kerap dikritik dan tidak diambil berat oleh guru-guru.
pelajar ini akan ditempatkan di dalam kelompok pelajar yang sama taraf akademiknya dan secara relatifnya juga bermasalah dan mempunyai sikap anti sosial.

Penolakan masayarakat sekolah tersebut akan menyebabkan skop pergaulan mereka terbatas kepada pelajar yang lemah dalam matapelajaran dan bermasalah sama seperti mereka. Sesetengah daripada mereka membentuk geng ataupun deviant cliques. Kumpulan ini akan menjerumuskan mereka kepada peningkatan sikap-sikap agresif, antisosial, tidak mementingkan pelajaran dan terjebak di dalam aktiviti yang berbau jenayah (Thomas Dsion & Associates, 1991).

EMPAT LANGKAH HALANG PERBUATAN BULI
Oleh: Noran Fauziah Yaakub
Rabu, 8 Jun 2005, Utusan Malaysia

Menurut Profesor Olweus dari Bergen Universiti, Norway iaitu pelopor dalam kajian buli di dunia, sekiranya kes buli berlaku dalam lingkungan 10-15 peratus ia dianggap serius.

Terdapat 4 peringkat untuk menangani masalah buli. Pertama ialah tahap sekolah kedua tahap kelas dan ketiga tahap individu. Keempat perbincangan tentang buoi hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat PIBG.

Bagi peringkat sekolah langkah pertama ielah sekolah perlu mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Pelajar boleh juga menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapat respons yang lebih tinggi tengang perkara ini, identiti pelajar hendaklah rahsia.

Kedua sekolah perlu mempunyai peratuan yang jelas berkaitan dnegan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah anti buli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa.

Ketiga satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah perlu dibentuk. Antara ahli dalam jawatankuasa ini terdiri daripada pentetua, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus proggram antibuli dan menilai keberkesanannya.

Keempat perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat PIBG.

MURID BULI UNTUK BERSERONOK
BERITA HARIAN, 9 JUN 2005
OLEH: Syuhada Choo Abdullah
Sekadar untuk berseronok-seronok menjadi satu faktor utama perbuatan buli di kalangan murid, malah pembuli terbabit berasa seronok melihat orang lain merana akibat gangguan berkenaan. Presiden Psikologi Malaysia, Prof Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, berkata murid yang membuli juga melihat perbuatan itu sebagai satu cara untuk memeriahkan situasi atau keadaan. Punca berkenaan hasil kajian bertajuk `MEMAHAMI FAKTOR-FAKTOR TINGKAHLAKU BULI DI KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH’ yang dijalankan bersama beberapa penyelidik lain tahun lalu. Kajian membabitkan seramai 2,528 murid sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.
Dari segi perasaan mangsa pula seperti yang dijangka, secara keseluruhan perasaan mangsa adalah negatif, psikologi mereka terganggu, majoritinya berasa marah. Selain itu, mangsa turut merasa risau, kecewa, hendak mengangis, sedih, malu dan terganggu fikiran menyebabkan merekia tidak boleh memberi tumpuan kepada pelajaran.

10 JUN 2005; BERITA HARIAN: SURAT PEMBACA KAAZIM KAZUMA, KUALA TERENGGANU

Golongan yang sentiasa menjadi sasaran pembuli ialah mereka yang lembik atau istilah yang biasa digunakan pelajar sekolah sebagai skema, pelajar yang kera sumbang dan pelajar yang terlalu ingin menonjolkan dirinya dalam suasana yang tidak digemari pelajar lain. Kerana ego, ada pelajar yang sanggup memukul pelajar lain dengan alasan ingin menghukum atas kesalahan yang dilakukan pelajar berkenaan seperti merokok dan mencuri. Pendek kata, saya tidak pernah melihat dan mendengar kejadian seorang pelajr yang bersahsiah tinggi dan dihormati di kalangan pelajar lain seperti yang menjadi imam dan ahli jawatankuasa surau asrama dibuli apalahi membuli.
Tidak dinafikan kejadian buli di asrama ini disebabkan pengaruh semata-mata. Pelajar yang terpengaruh dengan sikap pelajar senior sebelum mereka akan membuli pula pelajar junior kerana dendam akibat dendam akibat dibuli sebelumna.

KHAMIS, 23 JUN, BERITA HARIAN
TURUN PANGKAT JIKA SOROK KES BULI – HISHAMMUDDIN BERI AMARAN KEPADA PENGETUA

Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi parah. Jika ini berlaku di sekolah bawah kementerian pelajaran dan didapati pengetua, guru disiplin serta warden kita memang lalai atau cuai dalam menjalankan tugas, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka.
Hishammuddin Hussein

Pengetua atau guru yang sengaja menyembunyikan kes buli wajar dikenakan tindakan tegas, - Ibrahim Jamain

Kurikulum khusus wajar diperkenalkan untuk melatih guru cara menangani kes disiplin – Lok Yim Pheng, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)


23 JUN 2005, BERITA HARIAN
BULI BUKAN BUDAYA ISALAM
OLEH: MUHAMMAD HISYAM MOHAMAD: FELO PUSAT EKONOMI DAN KAJIAN SOSIAL IKIM

Jika kajian Dr. Noran ini mengatakan bahawa kebanyakan pembuli datang dari keluarga yang tidak mengambil berat pendidikan agama, persoalan kedua ialah mengapakah kes buli turut berlaku di sekolah agama> mungkin perlu ada kajian lapangan susulan untuk menjawab persoalan ini. Islam tidak menganjurkan penindasan dan salah satu sifat orang Islam ialah tidak memberi masalah kepada orang islam lain. Kementerian pelajaran walaupun mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Petugas Khas bagi menangani samseng dan buli di sekolah pada April lalu serta mewujudkan talian hotline, SMS, e-mail dan sebagainya bagi membolehkan aduan dibuat, namun keberkesanannya masih belum dapat disahkan. Buktinya gejala buli masih berlaku dan kebelakangan ini makin banyak kes baru yang dibmuatkan di dada akhbar.

23 JUN 2005, BERITA HARIAN
PENGUKUHAN KAUNSELING ELAK BULI
TAN SRI LEE LAM THYE, NAIB PENGERUSI YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH, MALAYSIA

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG), pelajar dan juga masyarakat memberi perhatian lebih berat pada masaalh buli di sekolah dan mengambil langkah mencegahnya daripada menular sebagai budaya keganasasn di sekolah dan institusi pendidikan lain. Sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran menganjurkan sesi percambahan fikiran membabitkan pelbagai pihak untuk mengkaji punca utama kes buli di sekolah. Sudah tiba masa nya kita memperketatkan penapisan filem yang mempunyai adengan ganas. Kita perlu memperkukuhkan lagi badan kaunseling pelajar di sekolah kita dengan mengadakan lebih ramai lagi guru kaunseling untuk membimbing pelajar yang bermaaslaah. Buat masa ini, kita tidak mempunyai ramai guru kaunseling di sekolah.


TANGANI SAMSENG SEKOLAH SECARA RADIKAL

LAPORAN akhbar yang memetik Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai berkata bahawa ada pihak tertentu sedang merekrut samseng di sekolah memang membimbangkan semua pihak terutama guru dan ibu bapa.
Lebih menyedihkan apabila ada laporan mengatakan sekiranya ganjaran yang menanti apabila menyertai kumpulan samseng itu lumayan, gangsterisme boleh menjadi pilihan kerjaya apabila mereka meninggalkan sekolah.Keadaan ini amat mencemaskan dan perlu diberi perhatian segera. Ketika kerajaan berusaha bersungguh-sungguh meletakkan pelajaran sebagai keutamaan dalam kemajuan negara, perkara sebaliknya pula berlaku di sekolah. Kita semua sudah maklum dalam pembentangan Bajet 2007 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan memberi pelbagai insentif untuk membantu rakyat dalam meningkatkan pencapaian dalam pelajaran termasuk memansuhkan yuran peperiksaan dan membantu pelajar daripada keluarga miskin berpendapatan kurang RM1,500 memperoleh 10A1 dalam SPM atau setarafnya diberikan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran sehingga peringkat ijazah dan macam-macam lagi. Apa lagi yang tidak kena? Segala mekanisme pencegahan jenayah pada peringkat sekolah telah dilaksanakan. Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), Rakan Cop, Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah (KPJS), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan pelbagai lagi mekanisme dilaksanakan.Namun, penularan gangsterisme masih tidak dapat dibendung pada peringkat sekolah. Sangat sedih apabila anak muda yang terbawa-bawa dengan hasutan hawa nafsu terjerumus dengan kancah samseng. Satu dunia yang menjanjikan kemewahan secara pintas, namun jauh daripada kebahagiaan.Bagi generasi muda yang membaca tulisan ini harus sedar bahawa anda adalah aset negara paling berharga. Jangan mempersia-siakan usia muda anda dengan kerja keji ini. Masa depan dan cita-cita menjadi warga yang berguna perlu dicorakkan mulai sekarang. Usah juga menjerumuskan rakan anda yang tidak bersalah. Adakah anda bahagia apabila melihat negara kita menjadi huru-hara? Adakah anda bahagia apabila melihat masyarakat hidup dalam ketakutan? Budaya samseng tidak pernah menjanjikan kebahagiaan kekal dan kemajuan, sama ada dari segi fizikal ataupun akal budi. Bagi generasi Muslim, bertaubatlah selagi masih ada peluang. Islam agama kasih sayang. Meskipun kita pernah bersalah, pintu keampunan tidak pernah tertutup.Sesuatu perlu dilakukan demi menyelamatkan anak muda demi kesejahteraan negara pada masa akan datang. Anak muda kini adalah barisan pimpinan negara akan datang. Sudah pasti kita tidak mahu negara kita pada masa akan datang dikuasai oleh samseng seperti di beberapa negara di dunia. Sesetengah negara terpaksa akur dan tunduk kepada samseng yang menguasai perdagangan haram dadah dan senjata api.Sudah tiba masanya semua pihak mengambil pendekatan serius untuk menangani masalah ini. Sekiranya hukuman rotan yang dihentikan beberapa tahun dulu adalah di antara mekanisme terbaik menangani masalah ini, maka sewajarnya ia perlu dikaji semula. Berapa ramai ayah atau ibu kita melalui sistem pencegahan yang begini menjadi insan yang sangat berguna. Guru dulu merotan bukan sebab benci tetapi penuh kasih sayang dan datang daripada hati. Pengalaman saya apabila melihat rakan dirotan pengetua ketika di sekolah cukup mengharukan. Saya tahu pengetua berkenaan tidak sampai hati merotan anak muridnya. Namun, dia terpaksa melakukannya demi kebaikan mereka. Anak muda perlu disedarkan. Semua pihak perlu mengambil pendekatan yang bersepadu dan kritikal dalam menangani masalah ini. Semua pihak harus faham dan tidak saja mempertahankan anak mereka. Sistem pendidikan perlu kembali menekankan aspek pembangunan akal budi. Pendidikan agama perlu diterapkan segenap lapisan tahap pendidikan. Universiti juga perlu diperkasakan, bukan saja sebagai pengeluar pekerja, tetapi manusia yang mempunyai keluhuran ketinggian akal budi yang mampu membawa Malaysia ke arah negara yang sangat maju dan seimbang. MOHD FIRDAUS MOHAMED KHAIRI,Exco Portal,Dokumentasi dan Penerbitan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
7,000 PELAJAR DIBUANG SEKOLAH
PUTRAJAYA 16 Ogos – Sejumlah 7,000 pelajar dibuang sekolah sementara kira-kira 15,000 yang lain digantung persekolahan pada tahun lepas kerana terlibat dalam pelbagai perbuatan salah laku termasuk ponteng, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar.
Beliau bagaimanapun menarik perhatian bahawa situasi itu bertambah baik tahun ini.
“Pada tahun ini setakat hari ini saya tengok ada penurunan sebanyak lebih kurang separuh (daripada kedua-dua jumlah itu),” katanya kepada pemberita pada majlis Malam Anugerah Buku Teks 2006, di sini malam tadi.
Sehubungan itu, Noh mencadangkan supaya Yang Dipertua (YDP) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menganggotai Jawatankuasa Permuafakatan Menangani Masalah Salah Laku Pelajar di peringkat daerah masing-masing.
Beliau berkata, penglibatan mereka dalam jawatankuasa itu penting supaya dapat bekerjasama dengan pihak pegawai pelajaran dan polis menangani masalah pelajar ponteng sekolah.
Katanya, kerjasama daripada YDP perlu bagi mengawal serta mencegah pusat-pusat hiburan yang dilesenkannya dari dikunjungi pelajar.
“Masalah (mengenai pelajar) yang berlaku di luar (sekolah) misalnya ponteng tidak ada undang-undang yang boleh diambil tindakan kepada pelajar melainkan dia ponteng di pusat-pusat hiburan.
“Sebab itu kita nak kena bawa Yang Dipertua masuk (menganggotai Jawatankuasa Permuafakatan),” katanya.
Jawatankuasa Permuafakatan yang ditubuhkan di peringkat Pusat dipengerusikan bersama oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar.


JANGAN LEPAS TANGAN’
Oleh Ahmad Naim Tahir

KUALA PILAH: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan ibu bapa tidak menjadikan usaha kementerian menangani gejala disiplin di sekolah sebagai alasan untuk melepaskan terus tanggungjawab mengawasi anak.
Katanya, ibu bapa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) masih mempunyai peranan penting menangani masalah itu, bukannya menyerahkan tugas sepenuhnya kepada kementerian, polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT)."Jika ibu bapa bersikap lepas tangan, saya tidak mahu guru dipersalahkan jika anak mereka terbabit dalam masalah disiplin... saya sendiri yang akan mempertahankan guru."Jangan anggap masalah disiplin murid sebagai masalah kecil," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, di sini semalam.Hishammuddin berkata, kempen yang dilancarkan kementerian memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk media untuk memastikan sasaran membanteras gejala disiplin pelajar dicapai.Sehubungan itu, ibu bapa perlu terus mengawasi pergerakan dan pergaulan anak supaya tidak bergaul dengan pihak yang boleh memberikan pengaruh tidak sihat.Mengenai kegiatan kumpulan kongsi gelap merekrut pelajar sekolah, beliau berkata langkah sudah diambil memerangi kegiatan berkenaan."Mereka ini kumpulan terancang atau sindiket yang menggunakan murid untuk kegiatan jenayah seperti mengedar dadah dengan bayaran tertentu. Kita akan banteras kumpulan ini sepenuhnya," katanya.Hishammuddin berkata, walaupun gejala berkenaan serta kegiatan samseng di sekolah belum serius, usaha segera dan berkesan perlu diambil untuk mengelakkannya berterusan.Berikutan itu, kementerian mewujudkan lima jawatankuasa khas dianggotai pelbagai pihak berkaitan, termasuk polis, ahli akademik, wakil PBT dan pakar psikologi.“Kita sudah menyerahkan tiga memorandum kepada Kabinet mengandungi hasil kajian selepas kematian pelajar Sekolah Menengah Agama Datuk Klana Petra Maamor di Ampangan, Seremban, Muhammad Farid Ibrahim, akibat dibuli pada Mac 2004."Dalam tiga memorandum mengandungi 250 cadangan itu, kementerian memohon peruntukan tambahan serta kerjasama agensi berkaitan melaksanakan usaha memerangi gejala samseng di sekolah," katanya.Beliau berkata, satu lagi memorandum akan diserahkan kepada Kabinet berhubung hasil kajian kempen menangani disiplin murid yang dilancarkan baru-baru ini.

>INTERVENSI DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR:

INTERVENSI DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR:
MODEL PENDEKATAN KAUNSELING


Ab. Aziz Mohd Yatim
Md. Noor Saper
Nor Junainah Mohd Isa


Jabatan Bimbingan dan Kaunseling
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Gejala disiplin di sekolah merupakan isu antarabangsa yang masih menjadi perbahasan semua peringkat sama ada ahli politik, ahli akademik mahupun masyarakat biasa. Isu pelajar sekolah membuli, merokok, bergaduh, memukul guru, dan yang paling mengejutkan, iaitu membunuh rakan sebaya menjadi topik perbincangan hangat setiap lapisan masyarakat memandangkan gejala ini semakin hari menjadi semakin serius. Pelbagai pendekatan digunakan oleh pihak sekolah termasuk melaksanakan konsep dendaan, sistem hukuman dan bimbingan, namun masalah ini masih tidak berjaya dibendung. Berdasarkan pengalaman praktikal Penulis sebagai pengamal kaunseling di sekolah, terdapat beberapa alternatif yang boleh dilakukan oleh guru-guru terutamanya kaunselor dalam menguruskan isu disiplin seperti penerapan konsep ‘agape love”, kursus “Fajar”, kursus “Galus”, dan mewujudkan “networking”. Intervensi ini yang berasaskan pendekatan kaunseling didapati dapat mengurangkan masalah disiplin pelajar di sekolah. Penulis berharap agar kertas kerja ini dapat dijadikan sebagai salah satu sandaran ke arah penambahbaikan sistem yang sedia ada di sekolah bagi menangani masalah disiplin.


1. Pendahuluan
Hasrat kerajaan untuk mewujudkan “sekolah tiada kecacatan”, iaitu sekolah yang tidak mengalami masalah dari segi pencapaian akademik, persekitaran sekolah, mahupun disiplin pelajar telah lama diwar-warkan (Mohd Saleh, 1998). Usaha ke arah memupuk dan meningkatkan disiplin sekolah ini bertujuan untuk menjamin keselesaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Azizah, 2002). Ini kerana selain menjadi unsur penting dalam proses sosialisasi dan pembentukan peribadi pelajar, disiplin sekolah juga merupakan sistem kawalan yang membolehkan pengajaran berlaku dengan berkesan (Docking dalam Azizah, 2002).
Sekolah yang mempunyai disiplin guru, kakitangan dan pelajar yang tinggi secara tidak langsung dapat mewujudkan persekitaran yang aman dan selamat untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Suradi (1996), ketiadaan disiplin adalah satu penyakit dalam sistem pendidikan yang boleh menyebabkan proses pendidikan para pelajar menjadi tidak lengkap, dan seterusnya menimbulkan masalah disiplin di kalangan mereka.

2. Pelajar dan Masalah Disiplin
Merujuk pada Buku Rekod Salah Laku Masalah Disiplin yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1990, terdapat beberapa kategori salah laku disiplin, iaitu tingkahlaku jenayah, lucah, kekemasan diri, tidak mementingkan masa, kurang sopan dan biadab, laku musnah, tidak jujur, dan ponteng. Kesalahan yang dianggap berat pula termasuklah merosak harta benda sekolah, bergaduh atau bertumbuk di sekolah, memukul atau mengancam pelajar atau guru, dan memeras ugut.
Berdasarkan kajian-kajian lepas, didapati para pelajar terlibat dengan masalah disiplin disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah sikap guru yang kurang prihatin terhadap pelajar, kurang mesra dan menakutkan pelajar (Azizah, 2002), pergaulan dan pengaruh rakan sebaya yang bersifat negatif, kesan media elektronik, pengaruh budaya asing, dan kegagalan didikan ibu bapa (Asmah dan Zulekha, 2004). Selain itu, kadangkala guru-guru telah mendidik para pelajar dengan nilai yang baik tetapi nilai yang diperolehi dari dunia luar membatalkan usaha baik guru-guru di sekolah (Iloyd dan Asmah, 1987).
Bagi ahli-ahli psikologi pula, tingkahlaku bermasalah di kalangan pelajar yang merupakan golongan remaja dikaitkan dengan perkembangan tahap remaja yang dilalui oleh mereka. Pada tahap remaja, individu mudah mengalami konflik pemikiran dan gangguan moraliti. Remaja mengalami krisis identiti (Allen, 2000), iaitu dari segi mencari identiti yang sesuai dengan mengambil kira aspek tingkah laku, sikap dan kepercayaan (Tucker, 1990). Apabila remaja gagal menyelesaikan krisis, mereka akan mempamerkan tingkah laku bilazim dan nakal (Erikson, 1968).
Laporan akhbar Utusan Malaysia pada 14 April 2006 mendedahkan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar berkaitan masalah disiplin di kalangan pelajar. Menurut beliau, pada tahun 1995 kira-kira 1.74% daripada 5.5 juta pelajar di Malaysia terlibat dengan kes disiplin. Walaupun statistik menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya tetapi beliau berpendapat masalah ini tidak boleh dipandang ringan.
Pada tahun 2006, negara sekali lagi digemparkan dengan beberapa kes salah laku disiplin. Antaranya ialah:
1. Mac 2006 – kes seorang pelajar perempuan menyerang dua orang gurunya di sebuah sekolah menengah (Utusan Malaysia, 3/3/06).
2. April 2006 – seorang pelajar darjah 5 berada dalam keadaan kritikal dengan kedua-dua buah pinggangnya rosak dipercayai selepas dibelasah oleh rakan-rakannya di sekolah (Utusan Malaysia, 7/4/06).
3. Mei 2006 – 10 orang pelajar sekolah menengah melakukan perbuatan khianat dengan membakar buku, menconteng dan merosakkan kemudahan sekolah berpunca daripada perasaan tidak puas hati dengan tindakan disiplin yang dikenakan terhadap mereka (Utusan Malaysia, 19/5/06).
4. Jun 2006 – kes seorang pelajar tingkatan 1 dibelasah oleh 12 orang pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 kerana enggan menyertai kumpulan samseng (Utusan Malaysia, 27/6/06).
Kes-kes yang dipaparkan di atas sudah cukup untuk memberi gambaran bahawa persekitaran sekolah tidak lagi selamat sehingga memaksa pihak polis untuk campur tangan. Malah, pihak Kementerian Pelajaran terpaksa menggunakan alternatif dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah bagi menangani masalah disiplin termasuk buli dan gangsterisme (Utusan Malaysia, 1/5/06).
Situasi ini menunjukkan bahawa hukuman yang selalunya dikenakan terhadap kesalahan disiplin yang berat seperti rotan, gantung sekolah, dan dibuang sekolah sudah tidak praktikal lagi untuk dilaksanakan pada masa sekarang. Para pelajar bukan sahaja tidak mengambil pengajaran apabila melihat rakan-rakan mereka dihukum, malah tidak merasa insaf apabila diri mereka sendiri menerima hukuman atas kesalahan yang dilakukan.
Rentetan itu, pelbagai persoalan timbul. Adakah bentuk hukuman yang sedia ada masih belum mencukupi untuk membuatkan mereka patuh kepada undang-undang sekolah? Adakah mereka perlu dihukum dengan lebih “berat”? Adakah hukuman berbentuk “kekerasan” ini yang membuatkan para pelajar terus memberontak dan menjadi seorang yang delinkuen, atau adakah keadaan ini perlu diselami semula untuk mengetahui di mana pucuk pangkalnya permasalahan disiplin berlaku?

3. Pendekatan Kaunseling Dalam Mengangani Isu Disiplin
Kaunseling adalah “satu perhubungan yang dicirikan oleh keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yang membolehkan pelajar memperoleh kestabilan intelek dan emosi yang dengannya dia boleh menyelesaikan msalah atau kemusykilan, membuat rancangan dan memperoleh kepuasan kendiri yang lebih tinggi” (Suradi, 1996: 249). Melalui pendekatan kaunseling yang antaranya bersifat menerima klien tanpa syarat, berempati, tulen, dan berkeinginan untuk menolong, para pelajar dapat dibantu untuk memupuk tingkahlaku yang sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Kesedaran untuk melahirkan para pelajar yang berdisiplin merupakan antara matlamat Kementerian Pelajaran seperti mana tertera dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran Malaysia (1979), iaitu penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini. Usaha ini dilakukan salah satunya dengan cara meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Di Malaysia, objektif am perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah antara lainnya bertujuan untuk 1) memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi, 2) memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan tingkah laku anti sosial yang lain, dan 3) memberi khidmat bersifat pemulihan (remedial) dengan tujuan mengorientasikan semula pelajar yang bermasalah peribadi, pelajaran, kerjaya dan sosial supaya pelajar mampu menghadapi dan mengatasi masalah mereka (Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah, 2000).
Pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah ini menunjukkan bahawa kerajaan berusaha untuk menangani masalah disiplin dengan cara mendidik. Prinsip disiplin mendidik ini yang menekankan aspek pemerhatian dengan kasih sayang, prihatin, dan ingin membantu ditimbulkan kembali oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) baru-baru ini memandangkan gejala disiplin masih tidak dapat dibendung. Selain itu, kerajaan juga menganjurkan kursus jati diri bagi pelajar bermasalah supaya akhlak pelajar tersebut dapat dibina semula (Utusan Malaysia, 23/4/06).
Persoalannya, apa yang menyebabkan salah laku pelajar masih tidak dapat ditangani sedangkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang bercirikan kasih-sayang telah dilaksanakan sejak lebih 30 tahun yang lalu? Apa yang menyebabkan isu mendisiplin pelajar dengan cara mendidik disuarakan semula, walhal isu ini telah lama diutarakan? Adakah terdapat perbezaan antara prinsip disiplin mendidik pada 30 tahun dahulu dengan prinsip disiplin mendidik yang dikemukakan sekarang?
Persoalan-persoalan di atas mungkin boleh terjawab dengan dapatan kajian yang salah satunya dikemukakan oleh Suradi (1992). Beliau yang mengkaji tentang masalah pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah mendapati para pelajar menganggap perkhidmatan ini tidak berfaedah. Guru bimbingan dan kaunseling pula mengalami masalah tidak cukup masa, masalah kemahiran, masalah kerjasama, masalah sambutan pelajar, masalah kemudahan, masalah kewangan dan sebagainya. Mereka juga mempunyai beban tugas yang banyak, tidak tahu mengendalikan perkhidmatan, ketiadaan bahan atau maklumat untuk mengendalikan perkhidmatan, dan kurang mendapat kerjasama daripada pentadbir, guru-guru dan ibu bapa.
Ini menunjukkan bahawa pengetahuan, kemahiran yang tinggi dan strategi yang bersesuaian perlu ada bagi seseorang guru terutamanya guru bimbingan dan kaunseling untuk mengimplementasi pendekatan kaunseling dalam menangani masalah disiplin di sekolah. Justeru, Penulis ingin mengemukakan beberapa alternatif yang boleh dilakukan oleh guru-guru terutamanya kaunselor dalam menguruskan isu disiplin seperti penerapan konsep ‘agape love”, kursus “Fajar”, kursus “Galus”, dan mewujudkan “networking”. Berdasarkan pengalaman praktikal Penulis sebagai pengamal kaunseling di sekolah, intervensi ini yang berasaskan pendekatan kaunseling didapati dapat mengurangkan masalah disiplin pelajar di sekolah.

4. Intervensi Dalam Menangani Masalah Disiplin
Secara umumnya, pendekatan yang digunakan ialah kasih-sayang. Pendekatan ini diterapkan dalam diri guru-guru dan para pelajar melalui program-program secara berkumpulan atau kelompok yang menekankan soal perkembangan, pembinaan dan pencegahan. Ini bertujuan untuk membina hubungan yang unik antara guru dengan pelajar, dan antara pelajar dengan rakan pelajar yang lain.
Hubungan baik antara pelajar dengan rakan sebaya ditekankan kerana Penulis bersetuju dengan pendapat ahli psikologi seperti Powell (1963) yang beranggapan bahawa tingkah laku remaja dianggap hasil daripada hubungan dengan orang lain berdasarkan desakan budaya, sosial, biologikal dan fizikal. Penulis percaya melalui pertautan (attachment) yang wujud di kalangan pelajar dengan pelajar, dan pelajar dengan guru, sedikit sebanyak mempengaruhi tingkahlaku yang dibentuk dalam kumpulan pelajar tersebut.
Berikut merupakan beberapa program yang dijalankan di sekolah dan memperlihatkan hasil yang positif di mana masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan:
1. Penerapan Agape Love
Setiap tahun, satu kursus yang paling penting dilaksanakan di sekolah ialah Kursus Kepimpinan. Kursus ini dianggotai oleh pengawas, pembimbing rakan sebaya dan majlis pelajar. Di dalam kursus ini, pemimpin-pemimpin pelajar akan diterapkan dengan konsep “Agape Love”, iaitu satu konsep kasih sayang yang jarang diketahui umum. Ia merupakan satu penerapan nilai kasih sayang tanpa syarat. Pelajar diterapkan dengan nilai menyayangi semua orang tanpa mengira bangsa, agama, keturunan, ideologi, caragaya hidup yang berbeza dan sebagainya. Melalui penerapan konsep ini, isu pelajar di’ragging’ tidak lagi timbul kerana pelajar yang telah diberi kursus memahami tentang perbezaan manusia. Pelajar ditekankan tentang uniknya manusia dan mereka haruslah memberi kasih sayang tanpa syarat supaya kehidupan mereka di asrama dan di sekolah lebih bermakna. Pelajar dapat merasakan keseronokan hidup bersama setelah mereka mengamalkan konsep `agape love’ ini. Konsep `agape love’ ini diambil daripada kehidupan yang diamalkan pada zaman Red-Indian semasa dalam pemerintahan ketua mereka yang hebat iaitu White Eagle. Daripada penceritaan kisah White Eagle ini memberi impak yang besar di kalangan pelajar agar mencontohi budaya hidup bermasyarakat yang diamalkan oleh masyarakat Red Indian ketika itu. Sesi dua jam sudah mencukupi bagi pelajar mendapat iktibar agar mereka juga perlu mengamalkan konsep kehidupan masyarakat yang sebegitu. Kita akan merasai kehidupan yang berkasih sayang antara abang dan adik, pelajar serta guru, pekerja dan juga kehidupan bermasyarakat di sekolah dan di asrama akan menjadi lebih harmoni.

2. Mewujudkan kumpulan ‘trainers’
Kumpulan pemimpin yang diterap dengan konsep Agape Love kemudiannya dilatih untuk menjadi fasilitator. Mereka didedahkan dengan cara-cara untuk menjalankan sesebuah program seperti program motivasi, program kemahiran belajar, dan program kerjaya. Kumpulan trainers ini bertindak membimbing pelajar-pelajar lain dengan kemahiran yang mereka miliki. Secara tidak langsung, pihak sekolah berjaya menerapkan nilai kasih-mengasihi, hormat-menghormati, cintakan ilmu dan bekerjasama di kalangan para pelajar tanpa mengira bangsa, agama dan status ekonomi sosial. Ini juga dapat mengelakkan perasaan iri hati dan benci-membenci di kalangan para pelajar. Kumpulan Trainers ini yang pada dasarnya adalah terdiri daripada Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya, Biro Asrama, Majlis Perwakilan Pelajar dan sebilangan pelajar yang berisiko tinggi yang dikenalpasti dapat membantu mewujudkan keadaan harmoni di sekolah. Apabila pelajar tingkatan empat mendaftarkan diri, kumpulan inilah yang akan menjalankan program untuk mereka. Mereka akan menjadi abang dan kakak angkat kepada pelajar baru ini. Mereka diajar dengan pelbagai kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, asas-asas fasilitator yang berkesana, kemahiran belajar, kemahiran asas kaunseling dan seumpamanya. Layanan yang diberikan oleh mereka membuatkan pelajar tingkatan empat merasai diri mereka dibela. Hubungan mereka menjadi rapat dan seterusnya mewujudkan intimasi yang tinggi di kalangan mereka. Kumpulan trainers ini akan mempastikan kes-kes pelacoan tidak berlaku. Mereka juga selepas itu akan mengajar adik-adik mereka bagaimana untuk belajar dengan berkesan. Ini bermakna hubungan mereka adalah dipantau sepanjang tahun hinggalah pelajar tingkatan lima keluar dari sekolah tersebut.

3. Kursus FAJAR
FAJAR adalah membawa konotasi bahawa seseorang yang hendak berjaya hendaklah memulakan kerjanya awal pagi. Kursus ini dilaksanakan untuk para pelajar berisiko tinggi. Selalunya, kami mengumpulkan seramai 40 orang pelajar yang sering melakukan kesalahan disiplin. Mereka yang kami istilahkan sebagai high risked undercover (HRU) akan diberi layanan yang istimewa dari kami iaitu kaunselor dan guru disiplin. Melalui program ini, mereka akan menjadi lebih rapat dengan kaunselor, guru disiplin dan pihak sekolah. Malah, akhirnya mereka akan sedar kesilapan yang telah dilakukan dan cuba untuk membantu pihak sekolah dalam mengurangkan permasalahan disiplin. Mereka juga menjadi orang tengah di antara rakan-rakan pelajar yang bermasalah dengan pihak sekolah. Tidak boleh dinafikan bahawa pelajar ini mempunyai karisma yang tersendiri dan amat berpengaruh. Oleh itu, sekiranya mereka didekati oleh pihak kaunselor dan guru disiplin dan diberikan tugasan yang mereka sukai, maka mereka tidak akan membuat kacau dan masalah di sekolah. Apa yang penting kita membuatkan mereka terasa dihargai dan sentiasa memberi mereka penghargaan tentang apa yang mereka lakukan. Jelas daripada apa yang dilihat mereka nampak memberi kesan yang tinggi kepada penurunan kes permasalahan disiplin di sekolah.


4. Kursus GALUS
Kursus ini merupakan kursus yang dilaksanakan untuk pelajar yang lemah dalam peperiksaan. GALUS merupakan singkatan daripada Gagal Lulus, atau lebih tepat lagi pelajar yang berada dalam golongan antara gagal dan lulus. Di dalam program ini, pelajar yang lemah dalam akademik akan diberi tumpuan dan layanan yang sepatutnya. Kami melakukan kursus dari kemahiran belajar hinggalah ke motivasi serta mewujudkan rangkaian pembelajaran mengikut kaedah sinergi iaitu berpasukan. Bagi kami semakin banyak mereka diberi perhatian maka semakin bersemangat mereka untuk berjaya. Hasilnya, didapati pencapaian sekolah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin meningkat. Malah, jumlah pelajar yang mendapat Sijil Am Pelajaran (SAP) dalam peperiksaan SPM semakin berkurangan.

5. Kursus motivasi
Bagi para pelajar yang tidak dipantau, kursus motivasi dijalankan untuk mereka di peringkat sekolah. Pesertanya adalah terdiri daripada para pelajar yang tidak terlibat dengan apa-apa kursus sebelum ini. Melalui kursus motivasi yang dijalankan, mereka akan diberi pengisian kemahiran belajar, komunikasi berkesan, motivasi dan penerapan konsep agape love. Dengan ini kesemua pelajar akan mendapat pengisian yang sama untuk menjadikan mereka mengamalkan satu budaya yang sama atau shared value yang setara. Ini memudahkan pihak sekolah terutamanya kaunselor pelajar dan guru disiplin untuk mencorakkan pelajar. Mereka mempunyai matalamat yang sama dan mempunyai gambaran yang jelas tentang apa yang mereka patut lakukan kepada pihak sekolah. Mereka juga sedar sekiranya masalah yang mereka lakukan maka akan melambatkan proses untuk mereka berjaya kerana banyak masa diambil bagi menangani sesuatu permasalahan yang dilakukan oleh mereka sendiri.

6. Mewujudkan ‘networking’ di sekolah
Selain daripada menjadikan pelajar sebagai penghubung antara guru-guru dan pelajar-pelajar yang lain, kami juga menyediakan tong aduan kilat di tempat-tempat yang mudah untuk pelajar memasukkan aduan mereka seperti di kantin, di pusat sumber dan di bilik kaunseling sendiri. E-mail aduan juga diwujudkan, iaitu azizmysmtk@hotmail.com sebagai alternatif untuk para pelajar meluahkan permasalahan mereka. Portal dalam internet turut ditubuhkan, iaitu http://www.techboard.cjb.net/ bertujuan untuk membolehkan para pelajar berinteraksi dan berbalas informasi antara satu sama lain. Melalui cara ini, kaunselor dapat mengetahui cara pelajar berpolitik di dalam asrama dan sekolah. Kaunselor pelajar juga dapat mengetahui isu-isu sulit pelajar melalui portal ini dengan membuat penyamaran. Isu yang dibuat oleh kaunselor sebenarnya tidak langsung dapat dihidu oleh pelajar kerana kaunselor menggunakan nama samaran yang mereka anggapkan pelajar. Kaunselor dapat mengetahui isu-isu seperti pelacoan, pergaduhan, pelajar lelaki memasuki asrama pelajar puteri, keluar malam dan sebagainya. Dengan adanya networking yang melibatkan trainers, pelajar merasakan bahawa mereka tidak boleh melakukan permasalahan disiplin kerana tindakan mereka pasti akan dapat dihidu oleh pihak kami.

5. Cadangan dan Kesimpulan
Kursus-kursus seperti Kursus kaunseling bagi pelajar asrama, kursus Trainers, kursus Fajar bagi pelajar berisiko tinggi, kursus motivasi pada semua pelajar, program minggu silaturrahim, kursus fasilitator adalah antara kursus yang amat penting bagi pelajar mengikutinya. Bagi kaunselor pelajar sekiranya boleh mereka sendiri yang menjalankan kursus tersebut di sekolah. Ini amat penting kerana selepas itu merekalah yang akan memantau selepas setiap program dijalankan. Sekiranya kursus dijalankan oleh pihak luar, ia akan menjadi kurang berkesan kerana masalah pemantauan. Pelajar pula merasakan diri mereka tidak komited dengan program yang telah mereka lalui dengan orang luar itu.
Kesimpulannya, bagi mewujudkan suasana yang harmoni di asrama dan di sekolah serta untuk menjaminkan pelajar berasa seronok belajar di sekolah berkenaan, pihak kaunselor pelajar dan guru disiplin haruslah bekerjasama dan sama-sama memikirkan kaedah yang paling sesuai untuk dilaksanakan di sekolah. Sebenarnya terlalu banyak perkara yang mesti dilakukan oleh kedua-dua personel yang penting di sesebuah sekolah itu. Ini memberi implikasi bahawa mereka perlu didedahkan dengan pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran dalam mengendalikan program supaya ianya sesuai dan dapat memikat hati pelajar bagi mengikuti program tersebut.
pelajar.



Rujukan
Allen, B.P. (2000). Personalitity theories: Development, growth, and diversity. Boston: Allyn & Bacon.
Asmah Ali dan Zulekha Yusof (2004). Salahlaku sosial remaja kini: Cabaran dan penyelesaian. Kertas kerja dibentang pada Seminar Pembangunan Keluarga Kebangsaan 2004. 29 – 30 Mei 2004, Universiti Malaya.
Azizah Lebai Nordin (2002). Masalah disiplin di sekolah dan kaitannya dengan sifat guru. Kertas kerja dibentang pada Seminar The Inaugural UPSI International Teacher Education Conference: UPSIITEC 2002, 6 – 8 Mei 2002, Renaissance Palm Garden, Malaysia.
Erikson, E.H. (1968). Identity : Youth and Crisis. New York: Norton.
Lloyd, A. P. dan Asmah Hj. Hashim (1987) Bimbingan dan kaunseling di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia (1979). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
____________________________ (1990) Buku Rekod Salah Laku Masalah Disiplin, Unit Disiplin Bahagian Sekolah (tidak diterbitkan)
_____________________________ (2000) Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/kaunseling/panduan/cover.htm
Mohd Saleh Lebar (1998). Pengenalan ringkas sosiologi sekolah dan pendidikan. Selangor: Thinker’s Library Sdn. Bhd.
Powell, M. (1963). The psychology of adolescence. New York: The Bobbs–Merrill Company, Inc.
Tucker, N. (1990). Human development: Adolescence. England: Wayland Publisher.
Utusan Malaysia (3 Mac 2006). Kes pelajar perempuan serang guru disiasat.
Utusan Malaysia (7 April 2006). Pelajar tahun lima masuk ICU dibelasah kawan.
Utusan Malaysia (14 April 2006). Peraturan disiplin 2006 tetapkan prosedur hukuman.
Utusan Malaysia (23 April 2006). Kursus jati diri wajib bagi pelajar bermasalah.
Utusan Malaysia (1 Mei 2006). CCTV atasi masalah disiplin pelajar.
Utusan Malaysia (19 Mei 2006). Pelajar tidak puas hati.
Utusan Malaysia (27 Jun 2006). 7 pelajar belasah rakan dibuang sekolah.
Suradi Salim (1996). Bimbingan dan kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
___________ (1992) Masalah pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah menengah di Malaysia, dalam Suradi Salim (1994) Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling: Kajian keperluan, pelaksanaan dan prospek. Selangor: Pustaka Akademik