Sunday, June 8, 2008

>Contoh Menangani Masalah Disiplin Melalui Forum Board

Berikut adalah contoh forum board yang pernah saya gunakan di sekolah. Forum di bawah adalah berkenaan dengan ketua pelajar yang bernama Jimy (bukan nama sebenar). Ramai pelajar yang mempertikaikan integritinya sebagai ketua pelajar, maka wujudlah forum board bertajuk JIMI KU SAYANG. Cuba anda perhatikan tarikh dan masa setiap respon pelajar. Ia menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar.

Technic Kuala Selangor / TekuseL / Jimy ku sayang


Follow The Leader User ID: 0171704
Apr 27th 9:18 AM Assalamualaikum... korang suka tak ngan Jimy jadi ketua pelajar?? cuba korang bandingkan dengan tahun lepas..sape yg lago best.. akmal ke Jimy?? hm..dalam banyak banyak pelajar arr kan..korang rasa sape yg ader gaya kepimpinan utk ganti Jimy kalau dia jatuh...
pop User ID: 0449874
Apr 27th 9:46
AM jatuhkan jer Jimmy kimi tak best dia suka buat kerja sorang. lepas tu marah orang. kesian kat member aku nie kimi suroh dia buat keja tapi dia tak buat pon. nasib baik aku rakyat biasa jer. kesimpulannya...kita jatuh kanlah JIMI (KEMPEN ANTI JIMI) BERJAYA.......KAH KITA?
tonickuat User ID: 2776644
Apr 27th 10:05 AM Jimi??? diapun sama buat kerja yang melanggar disiplin... cam mana nak respek dia??? kita jatuhkan dia... tapi... dia best gak... sama sama boleh buat maksiat.... kekeke
.... User ID: 9621663
Apr 27th 1:21 PM hai....susah2...pandai2la korang handle diri korang...
town girl User ID: 8722703
Apr 27th 11:14 PM Gua ANTI JIMI gak !!!!. Gua rasa JIMI tue POYORONO lah.. Tak layak jadi ketua pun.
TIUNG User ID: 0449874
Apr 29th 8:44 AM
AKU SOKONG JIMMY TUE BUKAN BAGUIH SANGAT BEGHIA JER MULA2 AKU INGAT JIMMY TUE BAGUIH SANGATLAH MARI KITA GULING KAN JIMMY LANCAR KAN 'KEMPEN ANTI JIMMY'
HMMMMMM? User ID: 1000714
Apr 29th 1:33 PM aku pun bukan suka sangat ngan kimi tuh..hak ela..nak bergaya nombor satu..wei Jimi sedarla wei muka macam pisang tak sedar diri..menyampah tul aku ko;a Jimi..bile ko nak letak jawatan ha!nak
tunggu orang pecat ker!especially to Jimi PLEASE RESIGN NOW.. WE DON'T NEED YOU AS OUR LEADER..


Your Name:
Authenticate:
What is Authentication?
Your Message:

Contoh di atas adalah satu langkah yang pernah saya lakukan dalam mengekang permasalahan disiplin. Forum board di wujudkan bagi pelajar memberi pandangan dan pendapat. Dalam waktu yang sama saya sebagai kaunselor pelajar memantau dan mencelah (menyamar sebagai pelajar) untuk mendapatkan maklumat yang genuine. Cara ini amat mudah dan berkesan bagi mendapat maklumat yang sahih. Di bawah forum board ini kaunselor pelajar boleh chatting dengan pengunjung. Pelajar tidak tahu yang chatting dengan mereka adalah kaunselor pelajar. Maka bayangkan apa yang kita akan dapat. Adakah ini meransang kreativiti anda?

2 comments:

rina-tech said...

xramai kaunselor sek yg gn cara ni tuk slesai mslh disiplin student.cr ni bagus sbb student mmg suke luahkan perasaan n emosi mrk dlm blog.mrk bebas berckp ape shj asalkan ape yg terbuku d hati dluahkan n d baca oleh seme org.but mslhnye student xder ruang tuk connet or nk online melainkn time balik kg.

beila said...

ada x about kemalangan jalan raya