Sunday, June 8, 2008

>Personaliti Warna

HIJAU – Ingin Tahu

Ciri-ciri umum
Cenderung dan cekap dalam berbagai lapangan, cenderung merekacipta, cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin mengetahui, memahami konsep, berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal, kompleks, tenang dan sabar, berfalsafah, berperinsip dan berasaskan logik.
MEMPUNYAI PERASAAN INGIN TAHU YANG TINGGI.

Ciri-ciri diri saya
· Saya cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan.
· Saya cenderung untuk merekacipta sesuatu yang baru.
· Cekap dan berkebolehan menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin mengetahui, berminat tentang konsep, gagasan, tanggapan dan idea.
· Mempunyai pengetahuan yang luas berdasarkan teori, inventif, bijak dan mahir dan panjang akal.
· Mempunyai sikap yang tenang dan sabar, berperinsip, jujur dan mempunyai falsafah serta memerlukan penjelasan dan jawapan.
· Saya mempunyai ciri-ciri analitikal, investigatif dan hipotetikal.

Ciri-ciri saya di tempat kerja
· Saya seorang pemikir konsep yang bebas dan bagi saya kerja itu adalah satu permainan.
· Sering menghadapi cabaran tugas dan suka merekacipta model, meneroka idea atau membina sistem untuk memenuhi keinginan bagi menonjolkan pembaharuan.
· Apabila saya telah menyempurnakan sesuatu idea, saya suka beralih ke projek lain dan membiarkan orang lain menjaga dan meneruskan projek terdahulu.

Ciri-ciri saya semasa kanak-kanak
· Saya seperti lebih tua dari umur saya dari segi pemikiran. Fokus saya ialah kepada perkara-perkara yang paling saya minati iaitu mendapat pencapaian yang tinggi dalam subjek yang merangsang mental saya.
· Saya tidak sabar dengan kaedah latih tubi atau rutin. Saya mungkin menyoal guru atau orang lain.
· Saya fikir adalah perlu untuk menghormati guru sebelum saya boleh belajar sesuatu daripada mereka.

sumber: Pengujian dan Penilaian dalam Kaunseling: Teori dan Aplikasi, Sidek Mohd Noah
... akan bersambung...

1 comment:

AFITI said...

assalaikum.sy pun personaliti hijau jugak. dah semangat ingin tahu sgt tggi,. persoalan x pernah putus dalam fikiran..hhuhu. inventori ni lanjutan dr SDS kan encik..?